KUALA LUMPUR, 14 Jan - Seramai 16 bekas warga terakhir KD SRI PERAK telah berkumpul bersempena ulang tahun ke-40 tragedi tenggelamnya kapal tersebut dalam satu majlis di KD SRI GOMBAK, hari ini.
Kapal peronda (Patrol Craft) itu telah tenggelam pada 8 Januari 1984 ketika dalam pelayaran merentasi Laut China Selatan bersama KD HANG TUAH dan KD SRI TERENGGANU dan seramai 26 daripada 29 anak-anak kapal berjaya diselamatkan.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob adalah salah seorang yang terlibat di dalam kejadian tersebut (Pegawai Kadet Kanan ketika itu) dan kini menjadi warga kapal terakhir yang masih berkhidmat di dalam TLDM.
Turut diadakan adalah soft launch buku KD SRI PERAK - The Survivors’ Citation terbitan Pusat Strategi Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM. Buku KD SRI PERAK - The Survivors’ Citation merekodkan pengkisahan pelayaran terakhir KD SRI PERAK berserta testimoni dan pengalaman warga kapal semasa insiden tersebut berlaku sehingga mereka berjaya diselamatkan.
Bacaan Yasin dan Tahlil juga diadakan yang dipimpin oleh Pegawai Staf 1 Agama Markas Tentera Laut, Lt Kol Ahmad Kamil bin Hj Abdullah.
Majlis pada hari ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy bin Ithnain, ahli Jawatankuasa Laksamana TLDM, ahli keluarga dan waris warga kapal serta dua bekas warga kapal KD SRI TERENGGANU.
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN