PW I KOM (KS) MOHD OSIS BIN ONAN
BAT PPS PPA
827933 PW I KOM (KS) Mohd Osis bin Hj Onan dilahirkan pada 22 Januari 1983 di 94 Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak, Melaka. Beliau mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 28 Mei 2001 dan telah diserapkan ke Cawangan Pelaut dalam kepakaran Komunikasi Radio (KMR). Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Siti Hajariah binti Buyati dan dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata (2 orang putera dan 1 puteri).
Sepanjang perkhidmatan, beliau telah diperjawatkan di pelbagai unit sama ada di pangkalan mahupun di kapal TLDM, antaranya adalah di KD PELANDOK, Stesen Komunikasi TLDM Lumut, Markas Wilayah Laut 2, Markas Pasukan Kapal Selam TLDM, Pusat Latihan Kapal Selam TLDM, MV FAJAR SAMUDERA, KD MAHAWANGSA dan KD TUNKU ABDUL RAHMAN.
Kerjaya beliau sebagai seorang Submariner bermula pada tahun 2011 apabila beliau telah dipilih untuk menjalani Kursus Kelayakan Kapal Selam di Pusat Latihan Kapal Selam, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau juga telah menjalani Latihan Bahagian Operasi di Toulon, Perancis pada tahun 2012. Beliau telah menamatkan latihan sambil bekerja di KD TUNKU ABDUL RAHMAN dan KD TUN RAZAK pada tahun yang sama dan dianugerahkan dengan Insignia Kepakaran Kapal Selam TLDM (Dolphin).
Sepanjang memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua (Laut) Wisma Bintara ATM, beliau juga telah memainkan peranan penting dalam usaha untuk mengukuhkan integriti dan sokongan kepada aspek kebersamaan atau jointness di antara anggota Lain-lain Pangkat dari 3 Perkhidmatan iaitu Darat, Laut dan Udara.
Dengan tahap dedikasi yang tinggi, pengetahuan serta pengalaman yang luas, beliau telah dilantik oleh Pengurusan Tertinggi TLDM sebagai Pegawai Waran Tentera Laut yang Ke-8 pada 9 Sep 24.
PW I KOM MOHD FAIROZ BIN NORDIN
BAT PNBB (LEBANON) PPS PPA PBB (UNIFIL)
PW I KOM Mohd Fairoz bin Nordin dilahirkan pada 26 Ogos 1984 di 94 Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak, Melaka. Beliau mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 22 Jan 2003 dan menjalani latihan asas rekrut di Pusat Latihan Rekrut Tanjung Pengelih, Johor Bahru dalam pengambilan 191/03 dan telah diserapkan ke Cawangan Pelaut dalam kepakaran Komunikasi Taktikal (KMT). Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Nor Soleha binti Nor Azaman dan dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata lelaki.
Sepanjang perkhidmatan, beliau telah diperjawatkan di pelbagai unit sama ada di pangkalan mahupun di kapal TLDM, antaranya adalah di KD PANAH, Stesen Komunikasi TLDM Kuantan, KD JEBAT, KD PANGLIMA HITAM, KD PENDEKAR, Markas Wilayah Laut 1, Markas Tentera Laut – BSM, KD LEKIU dan Markas Pemerintahan Armada Barat.
Beliau mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang tugasnya sebagai Komunikasi Taktikal di kapal-kapal TLDM. Antara pengalaman beliau adalah seperti terlibat dengan pelbagai operasi dan latihan ketika berkhidmat di kapal antaranya Eksesais KAKADU, Eksesais MILAN, Eksesais OSTEX, Eksesais TAMING SARI, Eksesais BERSAMA GOLD, Eksesais BERSAMA SHIELD, Eksesais MALAPURA, Eksesais ARNEX, Sea Ex THAMAL, Asian Tour, Ops PATKOR MALINDO, Ops NAGA BARAT ZMM Selatan dan Utara, Ops Kukuh Warisan, Ops Jarak dan Ops Benteng Khas. Beliau juga merupakan krew pertama MV BUNGA MAS LIMA yang terlibat dengan penugasan Ops Fajar 5 dan 18 pada tahun 2010 dan 2015 serta menerima sijil penghargaan Panglima Tentera Laut bagi operasi tersebut dan pernah berkhidmat di luar negara dalam misi pengaman di LUBNAN (MALBATT 850 – 1) pada tahun 2013. Beliau juga berjaya lulus kursus Ahli Paracut Statik di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Sungai Udang, Melaka pada tahun 2010.
Beliau juga memiliki rekod kerja yang cemerlang sepanjang perkhidmatannya di dalam TLDM. Kecemerlangan yang ada telah dibuktikan melalui penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2012, 2018, 2020 dan 2022.
Beliau memiliki kebolehan mendidik dan membimbing anggota bawahannya untuk melaksanakan sesuatu tugasan mengikut prosedur serta garis panduan yang telah ditetapkan dan sentiasa memberikan kerjasama serta buah fikiran yang membina untuk memastikan visi dan misi Markas tercapai. Pengalaman yang ada menjadikan beliau seorang modal insan yang mampu memberikan sumbangan pada TLDM di masa hadapan.
Dengan tahap dedikasi yang tinggi, pengetahuan serta pengalaman yang luas, beliau telah dilantik oleh Pengurusan Tertinggi TLDM sebagai Pegawai Waran Markas (PWM) bagi Markas Pemerintahan Armada Barat yang ke - 5 pada 19 Sep 24.
PW I PAP (GI) SHAHAIRUL NIZAD BIN SAHLIN
PJK PPS PPA
PW I PAP(GI) Shahairul Nizad bin Sahlin dilahirkan pada 18 Sept 1981 di No 65 Lorong Fasa 1, Taman Seri Wang, 02600 Arau, Perlis. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah Arau Perlis. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Arau Perlis sehingga tingkatan 5. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Puan Noor Bazura binti Yakkob pada 4 Jun 2005 dan belum dikurniakan cahaya mata.
Minat terhadap pakaian berunifom dan keinginan yang mendalam sejak dibangku sekolah serta mejadikan ayah beliau seorang bekas SMR Semboyan sebagai contoh didalam kerjaya beliau, beliau memohon menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada awal tahun 2000 melalui Pengambilan 185/01 dengan menduduki temuduga pengambilan yang dianjurkan TLDM di Kangar Perlis. Cita-cita beliau menjadi kenyataan apabila diterima berkhidmat pada 31 July 2000. Selepas menamatkan latihan asas ketenteraan di PULAREK Tg.Pengelih Johor, beliau telah diterima masuk ke Cawangan Kepakaran PPP (PAP).
Dengan kepercayaan yang diberikan oleh peringkat tertinggi TLDM beliau berminat untuk menyambung perkhidmatan sehingga ke 26tahun. Dalam Perkhidmatan beliau telah ditempatkan dibeberapa unit kapal TLDM seperti KD MAHAWANGSA, KD BELADAU DAN KAPAL AUKSILIARI TUN AZIZAN sebagai Bintara Persenjataan di pusat Operasi Armada Wilayah Laut 2. Selain itu juga beliau diperjawatkan di beberapa unit pangkalan seperti KD Malaya, MPPL, Protela Lumut, Protela Sandakan, MPAT(N1) seterusnya pada 15 July 2022 beliau dilantik sebagai Pegawai Waran Markas (PWM) Markas Pemerintahan Armada Timur.
Sepanjang kerjaya, beliau turut terlibat dalam beberapa operasi sebenar seperti Ops Daulat di Perairan Sabah. Beliau juga terlibat dalam beberapa latihan bersama Negara Asing seperti Kapal Filipina di sekitar perairan negara.
Beliau melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang Pelaut dan TLDM, ia membolehkan beliau menguasai bidang tugasnya serta dapat melatih dan menjadi Jurulatih Profesional di KD SRI SANDAKAN serta boleh membimbing & memimpin anggota bawahan dengan kemahiran dan kepakarannya sendiri.
Sumbangan dan khidmat bakti yang beliau berikan amatlah mulia dan patut dipandang tinggi. Beliau merupakan seorang yang suka mengambil berat tentang kebajikan dan memberikan ketelitian tugas terhadap anggota dibawah naungannya sesuai dengan bidang kuasanya sebagai Pegawai Waran. Komitmen, dedikasi, pencapaian bukan sahaja timbul daripada menunaikan kewajipannya, tetapi kesanggupan berkorban tenaga dan masa dengan mengetepikan kepentingan peribadi demi berkhidmat untuk Bangsa dan Negara. Sumbangan beliau telah terbukti dengan baik kerana beliau telah dianugerahkan oleh Tengku Raja Perlis iaitu Pinggat Jasa Kebaktian pada 13 Jun 2022 di Istana Arau Perlis dan beberapa Sijil Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2017 serta anugerah bintara berkualiti pada tahun 2021.
Kewibawaan serta khidmat bakti yang dipamerkan bukan sahaja kerana kewajipan tetapi juga kerana sifat taat setia kepada perkhidmatan dan sikap kepewiraan yang tidak pernah mementingkan diri sendiri. Dengan pengetahuan ketenteraan, pengalaman yang luas dan sikap profesional yang tinggi selaras dengan pangkat serta seorang yang dedikasi dalam memberikan yang terbaik pada perkhidmatan beliau telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan sebagai Pegawai Waran Markas di Markas Pemerintahan Armada Timur pada 15 July 2022. Markas Pemerintahan Armada Timur TLDM kini memegang Unit Bawah Naungan (UBN) seperti kapal-kapal di Tambatan Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Gugusan Semarang Peninjau, Stesen Udara Kota Kinabalu.
PW I JTP MOHD SHARUL HASRY BIN MOHD HALIT
PPS PPA
827945 PW I JTP Mohd Shahrul Hasry bin Mohd Halit yang menyandang Jawatan sebagai Warrant Officer Training (WOT) berkuatkuasa pada 19 Sep 24 merupakan anak kelahiran Batu Pahat, Johor. Anak ke dua daripada 7 orang adik beradik ini memasuki perkhidmatan TLDM pada 28 Mei 2001 selepas menamatkan persekolahan di SMK Tinggi Batu Pahat. Telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Masturah bte Mahfood dan dikurniakan sepasanga cahayamata lelaki dan perempuan.
Laluan kerjaya TLDM, Beliau telah diserapkan ke Cawangan Pelaut berkepakaran sebagai Juru Plot Taktikal Peperangan telah ditugaskan di 11 pasukan pangkalan dan 5 Buah kapal diantaranya KD SRI INDERA SAKTI, KD BELADAU, KD GANYANG, KD SELANGOR, KD GEMPITA, Pasukan Projek PV, Pusat Simulasi Olah Perang ATM, Bahagian Operasi Latihan Pertahanan ATM, PUSTAKMAR, Pusat Pertahanan Udara Lumut, Pusat Penyelarasan Penguatkuasaan Maritim MKN, Hubungan Antarabangsa MkTL, Bahagian Inspektorat Jeneral dan Bahagian Pembangunan Latihan Pelaut MPPL TLDM. Sepanjang penugasan, berliau juga terlibat dalam latihan dan operasi di dalam dan luar negara seperti Sinapuara, Thailand, Indonesia, Laos, Vietnam dalam Exe. COBRA GOLD, CARAT, BERSAMA SHIELD, MALAPURA, MALINDO, THAMAL, OSTEX, TAMING SARI, ANGSA, BERSAMA WORRIOR dan PAHLAWAN.
Sepanjang perkhidmatan di dalam TLDM, selain menjalani kursus kerjaya yang menyokong perjalanan karier beliau, beberapa kursus tambahan telah dilalui dengan jayanya seperti:
1. Human Assistance Disaster Relief (HADR) di Akathotsarot Camp, Phitsanulok Thailand.
2. Response Cell Interface Controll JTLS di PSOP ATM.
3. ECDIS di Akademi Laut Malaysia, Melaka
4. Asas Perisikan Maritim – RISLA Kuala Lumpur
5. Air Defence Familiarisation di PPU TLDM.
6. CSO – 11 Combat System Team.
7. Juru Audit ISO 2000.
Diatas rupacara, sikap dedikasi yang tinggi, pengetahuan dan keboleh kepercayaan yang tinggi, Pihak pengurusan tertinggi Markas Pendidikan Latihan dan Doktrin TLDM telah melantik beliau sebagai Pegawai Waran Markas MPLD yang Ke-4.
PW I TMK MOHD HUZAIRI BIN MAT HASAN
PPS PPA
Dilahirkan di Besut, TERENGGANU pada tanggal 10 April 1987. Mendapat pendidikan awal di SK Gong Bayur, Besut dan seterusnya meneruskan pelajaran ke peringkat menengah di SMK Nasaruddin Shah serta SMK Teknik Besut. Memasuki perkhidmatan TLDM pada 2 Februari 2006 pengambilan rekrut 197/06 berpangkalan KDSI Tg. Pengelih, Johor. Seterusnya beliau diserapkan di cawangan Teknikal berkepakaran Teknisyen Marin Kuasa Gerak (TMK).
Beliau telah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2014 bersama Puan Nur Ayunie binti Sidek. Isteri beliau merupakan seorang jururawat di Hospital Ampuan Afzan KUANTAN, Pahang. Mereka telah dikurniakan 2 pasang cahaya mata yang berumur 9 tahun dan 6 tahun.
Sepanjang 18 tahun 5 bulan berkhidmat, beliau pernah ditempatkan di beberapa unit kapal dan pangkalan iaitu KD JERONG, Depot Logistik Wilayah Laut 2,KD KEDAH, KD KELANTAN, KD PELANDOK, KD PERDANA dan kini beliau ditempatkan di Markas Wilayah Laut 1 sebagai Pegawai Waran Markas.
Beliau juga pernah menghadiri beberapa kursus kerjaya seperti Kursus Asas Perisikan, Kursus Maintenance Training MTU 16V 538 TB 90/91 – W4, Kursus MTU 396 Series - CM 2, Kursus Selenggaraan KAMEWA FF 410 Waterjet System dan Kursus CBRNDC (I) Siri 12/17.
Beliau juga aktif dalam aktiviti sukan seperti bola sepak dan badminton yang mewakili unit. Selain itu, beliau pernah diperjawatkan sebagai Yang Di Pertua Wisma Gelang serta dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa Keraian Surau Al-Amin, RK Balok Perdana.
PW I PRL MOHD ISKANDAR MIRZA BIN ISHAK
PPS PPA
PW I PRL Mohd Iskandar Mirza bin Ishak dilahirkan di Hospital Besar Kluang, Johor pada 6 Nov 1984 dan merupakan anak kelapan dari dua belas adik beradik. Mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 20 Julai 2005 dan menjalani latihan asas rekrut di KD SULTAN Ismail Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM. Merupakan pengambilan 196 dan telah diserapkan ke cawangan pelaut dalam kepakaran Regulating Rating (RGR). Sepanjang perkhidmatan beliau telah diperjawatkan di beberapa buah kapal dan pangkalan. Antara kapal - kapal yang beliau pernah berkhidmat ialah KD PARI, KD SRI TIGA. Manakala perkhidmatan di pangkalan – pangkalan TLDM adalah KD SRI SANDAKAN, KD SRI MEDINI, Cawangan Penyiasatan Khas (CPM ATM Johor baharu), Protela Lumut, Markas Wilayah Laut 2 dan sekarang di Markas Wilayah Laut 2 sebagai PEGAWAI WARAN MARKAS.
Pada tanggal 4 Feb 2022, beliau telah pun dilantik menjadi seorang Pegawai Waran Markas di Markas Wilayah Laut 2 Sandakan Sabah dan sebagai pengiktirafan didalam perkhidmatan, turuti jua melibatkan diri dalam kerja kerja amal serta sosial bersama anggota dan masyarakat disekelilingnya. Beliau mudah berinterasi bersama anggota dan pegawai serta semua lapisan masyarakat setempat dan melaksanakan aktiviti keagamaan dan aktif jua didalam bidang sukan yang ada. Semasa perkhidmatannya, beliau terlibat secara tidak langsung menjalani pelbagai eksesais bersama kapal-kapal perang dari negara asing seperti Filipina. Kewibawaan serta dedikasi yang telah ditunjukkan bukan sahaja timbul dari kewajipan terhadap tugas malah didorong oleh sifat taat setia kepada negara serta tidak mengutamakan kepentingan peribadi. Atas kegigihan, ketaatsetiaan kepada negara dan perkhidmatan dan sikap profesional dalam pelaksanaan tugas.
Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Junidah binti Saripudin dan kini telah dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu 2 lelaki dan seorang perempuan dan kini menetap di Lorong 2 Blok 18 Lot E160 Taman Airport Batu 7,90000 Sandakan,Sabah.
PW I TLS SHAHRULNIZAM BIN SULAIMAN
PPS PPA BoM (HONS) (UNITAR) Dip Tek Marin (UTM)
Merupakan anak kelahiran Bandaraya Ipoh, Perak. Anak sulung daripada 6 orang adik beradik. Memasuki perkhidmatan TLDM pada 28 Oktober 1999 (Pengambilan 183) dan diserapkan ke Perantis Diploma Teknologi Marin dalam Cawangan Teknikal berkepakaran Teknisyen Marin Elektrikal Sistem (TME(S)) sebelum cawangan tersebut ditukarkan kepada Teknisyen Lektrik Senjata (TLS). Telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Farah Ashikin binti Zamberi yang merupakan seorang guru yang kini mengajar di Sekolah Kebangsaan TLDM Kota Kinabalu. Hasil perkahwinan PWM dikurniakan 2 orang anak lelaki. Telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Kinta Ipoh dan memperolehi keputusan SPM Pangkat 1 di Sekolah Menengah Anderson Ipoh.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah ditugaskan di beberapa unit kapal dan pangkalan TLDM antaranya ialah UPS TLDM Lumut, DSA Lumut, Ex-KD Rentaka, RMN Stn Sierra, KD Malaya (tumpangan refresher course untuk persiapan kursus kapal selam), SM Pemb MkTL (tumpangan kursus kapal selam), Markas Angkatan Kapal Selam (Staf Sistem Kombat) dan Pusat Latihan Kapal Selam (Jurulatih Sonar Akustik).
Semasa perjawatan di unit-unit TLDM, beliau pernah diamanahkan sebagai:
1. Ketua Bahagian Jurutera RMN Stn Sierra.
2. Pegawai Pemeriksa Aset (2017-2019).
3. Tim Pengendali Papan Suis Utama Bekalan Kuasa Darat ke Kapal Selam
4. Tim Pemunggahan Black Shark Torpedo dan Misil SM39 ke Kapal Selam.
5. Ahli Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dari tahun 2015 hingga 2018 peringkat Markas (tempat pertama), AITL (tempat kedua) dan
peringkat akhir AIKP.
6. Koordinator Projek Jiwa Murni untuk tiga tahun (2015 - 2018).
Sepanjang perkhidmatan di dalam TLDM, selain menjalani kursus kerjaya yang menyokong perjalanan karier beliau, beberapa kursus tambahan telah dilalui dengan jayanya seperti:
1. Diploma Teknologi Marin.
2. Kursus Kelayakan Tahap 1 Kapal Selam.
3. Kursus Prejoining Maintenance Kapal Selam.
4. Kursus Pengendalian Papan Suis Utama Bekalan Kuasa Darat ke Kapal Selam.
5. Kursus Pemunggahan Black Shark Torpedo dan Misil SM39 ke Kapal Selam.
6. Kursus MS ISO dan OHSAS.
7. Kursus Pengendalian Aset.
9. Kursus Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB).
Sikap ingin mencabar kemampuan diri yang beliau miliki telah mendorong PW untuk mengikuti Program K-Force dan berjaya memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda Pengurusan pada Disember 2017.
Perkhidmatan TLDM telah mengiktiraf kecemerlangan beliau seperti berikut:
1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - 2014.
2. Anugerah Bintara Kreatif dan Berkualiti Suku Tahun Kedua Markas Angkatan Kapal Selam – 2016.
3. Calon Anugerah Bintara Terbaik TLDM - 2016.
4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - 2017.
Sentiasa bergiat aktif dalam aktiviti sukan seperti larian, hiking dan bowling. Sentiasa mengikuti acara larian yang dianjurkan di sekitar Kota Kinabalu dan secara konsisten menyertai virtual run 42 km setiap bulan dalam tahun 2019.
Penglibatan aktif dan sikap terbuka yang ditunjukkan beliau di kawasan taman perumahan amat disenangi jiran tetangga di Taman Seri Indah Kota Kinabalu. Penglibatan positif dalam aktiviti sosial dan keagamaan yang ditunjukkan oleh PW mampu melonjak imej TLDM pada pandangan masyarakat.
Sikap kerjasama, toleransi dan sentiasa positif adalah menjadi antara elemen-elemen beliau dicalonkan sebagai Pegawai Waran Markas bagi Markas Pemerintahan Angkatan Kapal Selam mulai 21 Okt 19.
PW I TLR (JP) MOHD YUSRI BIN MOHAMMAD ATAN
BAT PPS PPA
PW I TLR (JP) Mohd Yusri bin Mohammad Atan merupakan salah seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi di dalam perkhidmatan TLDM. Dilahirkan pada 24 Mei 1984 di Kg Sg. Itek, Gopeng, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Gopeng dan meneruskan pelajarannya di SMK Seri Teja, Gopeng, serta SMK Gunung Rapat, Ipoh. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Puan Wan Farhana binti Amran dan dikurniakan enam orang cahaya mata, iaitu seorang perempuan dan lima lelaki.
Karier beliau dalam TLDM bermula pada 27 Jun 2002 sebagai pengambilan 190/02, di mana beliau diserapkan ke Cawangan Teknikal dengan kepakaran sebagai Teknisyen Lektrik Radio (TLR). Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah ditempatkan di beberapa unit di pangkalan dan kapal-kapal TLDM seperti KD PELANDOK, KTD SOTONG, KD HANG TUAH, KD RAJAWALI, Skuadron 502, dan Markas Udara TLDM. Pada tahun 2005, kariernya sebagai seorang Juruteknik Pesawat bermula apabila beliau dipilih untuk menjalani kursus asas Teknisyen Pesawat di KD RAJAWALI. Setamat kursus pada tahun 2006, beliau diserapkan ke Skuadron 502 sebagai Juruteknik Pesawat yang mengoperasikan pesawat AS 555 SN Fennec, sebuah Skuadron Latihan dan Operasi.
Kecekapan dan kebolehan beliau dalam mendidik anggota bawahan serta sikap kepimpinan yang tinggi membolehkan beliau dilantik sebagai jurulatih juruteknik pesawat di Skuadron 502 kepakaran Avionic dari tahun 2019 hingga 2021. Dalam tempoh ini, beliau berjaya melahirkan ramai teknisyen pesawat yang berkemahiran tinggi. Pada tahun 2021, beliau lulus dengan cemerlang dalam temuduga Status Aircraft Charge Certificate, membolehkannya mengetuai tim detasemen untuk pengoperasian pesawat di kapal TLDM. Seterusnya, pada tahun 2022 hingga 2024, beliau dilantik sebagai Senior Maintenance Rating (SMR) di Skuadron 502, berperanan sebagai Ketua Juruteknik Pesawat Skuadron. Dalam peranan ini, beliau memastikan penyelenggaraan dan operasi pesawat berjalan lancar dan berkesan.
Beliau telah menyertai pelbagai operasi dan latihan bersama kapal-kapal TLDM serta kapal-kapal dari negara luar. Ini membuktikan kesungguhan dan komitmennya terhadap keselamatan negara. Beliau terlibat dalam operasi seperti EX-Kerismas, EX-BERSAMA LIMA, EX-Taming Sari, OSTEX, serta operasi besar seperti Op Fajar 8 dan Op Fajar 22. Operasi-operasi ini merupakan contoh kerjasama ketenteraan antarabangsa yang penting bagi memastikan kesiapsiagaan dan keberkesanan TLDM dalam melindungi perairan negara.
Ketika bersama Op Fajar 8, beliau terlibat dalam salah satu insiden paling bersejarah iaitu insiden rampasan kapal MV Bunga Laurel di Teluk Aden, Somalia, pada tahun 2011. Dalam operasi ini, beliau dan rakan-rakan krew berjaya menawan lanun yang terlibat, menunjukkan keberanian dan kecekapan mereka dalam menangani ancaman maritim yang berbahaya.
Sumbangan dan khidmat bakti yang cemerlang beliau kepada perkhidmatan dan negara telah mendapat pengiktirafan yang selayaknya. Pada tahun 2011, beliau telah dianugerahkan Pingat Bentara Angkatan Tentera (BAT) di Istana Negara, sebagai penghargaan terhadap jasa dan dedikasinya. Kejayaan beliau tidak terhenti di situ, malah beliau terus menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang perkhidmatannya. Ini terbukti melalui penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2007, 2014, 2018, dan 2022.
Dengan tahap dedikasi yang tinggi, pengetahuan serta pengalaman yang luas, beliau telah diberi kepercayaan oleh pengurusan tertinggi TLDM untuk dilantik sebagai Pegawai Waran Markas (PWM) bagi Markas Udara TLDM yang ke-5 pada 9 Disember 2024. Pelantikan ini adalah bukti keyakinan terhadap kemampuan dan kebolehan beliau untuk memimpin dan mengendalikan tugas-tugas yang lebih besar dan mencabar.
PW I PAP (GI) (PKL) MOHD NOOR ISKANDAR BIN JOHARI
PNBB (Lubnan) PPS PPA UNIFIL
Dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang pada tanggal 1 Jun 1981. Mendapat pendidikan awal di SK Sungai Serai, Selangor dan seterusnya meneruskan pelajaran ke peringkat menengah di SMK Bukit Gading, Selangor. Memasuki perkhidmatan TLDM pada 28 Okt 1999 pengambilan rekrut 183/99 berpangkalan di Lumut, Perak. Seterusnya beliau diserapkan ke Cawangan Pelaut berkepakaran Peperangan Atas Permukaan.
Oleh kerana minat pada aktiviti lasak beliau mengikuti kursus Asas Komando PASKAL dan lulus dengan jayanya. Sepanjang 24 tahun berkhidmat beliau pernah ditempatkan di KD PANGLIMA HITAM, Pusat Latihan PASKAL (KDPG), KD SRI SEMPORNA dan sekarang di Markas Pemerintahan Pasukan Khas Laut.
Beliau juga sering terlibat di dalam pelbagai operasi dan misi seperti Ops DAULAT, Ops PULAU JARAK, Ops FAJAR, Ops GUGUSAN SEMARANG PENINJAU, Ops PASIR, MALBATT 1 di Lebanon dan banyak lagi. Antara eksesais yang beliau pernah terlibat di dalam dan luar negara seperti Eks KERIS EMAS, Eks NAGA EMAS, Eks JERUNG EMAS, Eks TODAK EMAS, Eks MALINDO, Eks MALPHI, PASKAL SEAL dan banyak lagi.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah banyak menghadiri pelbagai kursus bagi meningkatkan kemahiran beliau diantaranya adalah kursus Asas Payung Terjun, Penyelam Kapal, NGFS, Penyelia Penyelam Tempur, Tempur Jarak Dekat, Letupan Khas PASKAL, Pengiring Orang Kenamaan, Jurumudi, Jurulatih Tempur Tanpa Senjata, Jurulatih Persenjataan dan banyak lagi.
Beliau juga bergiat aktif pada aktiviti sosial seperti Jurulatih Rekreasi Tahap 3, Jurulatih Taekwondo di beberapa Maktab dan sekolah-sekolah sekitar Perak dan menjadi jurulatih jemputan bagi Pengiring Orang Kenamaan KDYMM Sultan Muhammad V.
Atas kepercayaan yang penuh oleh pihak tertinggi PASKAL, tanggal 7 Feb 2023 beliau telah dilantik sebagai Pegawai Waran Markas Pemerintahan Pasukan Khas Laut TLDM.
Beliau telah berkahwin dengan Fahizah binti Mohd Apandi dan dikurniakan 3 orang cahaya mata.
PW I PLM AZMAN NIZAM BIN ABDULLAH
PPS PPA
PW I PLM Azman Nizam bin Abdullah telah dilahirkan pada tanggal 11 April 1982, di Ranau, Sabah. Merupakan anak ke3 daripada 6 adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Togop Darat. Meneruskan persekolahan peringkat menengah di Sekolah Menengah Lohan Ranau, Sabah. Telah mendirikan rumah tangga bersama Puan Nurul Wahidah binti Hamzah dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Pegawai Waran Memasuki perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 28 Mei 01 dan akan menamatkan perkhidmatan genap 26 tahun pada 27 Mei 27. Beliau merupakan Pengambilan intek 187/01 dan menjalani latihan rekrut di Pusat Latihan KD SULTAN ISMAIL, Johor. Seterusnya beliau telah diserapkan ke Cawangan Pelaut di dalam kepakaran Penyelam Ranjau. Sepanjang 20 tahun perkhidmatan, beliau pernah ditugaskan di kapal-kapal dan pangkalan TLDM antaranya KD LEDANG, KD MAHAMIRU, Pusat Selam, MAWILLA 1, RMN SSC, KD DUYONG, MPPL TLDM dan Mk SPPA.
Sebelum Pegawai Waran dilantik sebagai PWM Mk SPPA, beliau telah melalui proses temuduga lembaga pemilihan yang diketuai oleh YBhg Laksamana Pertama Abdullah Sani bin Ismail, Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api (Mk SPPA) pada 6 Ogos 21. Setelah melalui proses pemilihan dan penilaian, YBhg Panglima bersetuju dan menamakan PW I PLM Azman Nizam bin Abdullah kepada YBhg Timbalan Panglima Tentera Laut untuk Kelulusan. YBhg Timbalan Panglima Tentera Laut telah meluluskan Pegawai Waran tersebut sebagai Pegawai Waran Markas Mk SPPA. Majlis perlantikan PWM secara rasmi oleh YBhg Panglima telah dilaksanakan pada 24 Sep 21. Perlantikan Pegawai Waran Markas Selam dan Peperangan Periuk Api yang kedua sejak jawatan ini diperkenalkan pada tahun 2015.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah menghadiri pelbagai kursus profesional dan ketenteraan antaranya, Kursus Teknik Mengajar. Kursus Kawalan Mutu, Kursus Analisis dan Reka Bentuk, Kursus Explosive Ordance Disposal (EOD), Kursus Juruaudit Kualit Dalaman, Kursus Jati Diri dan Pembinaan Pasukan, Kursus Operasi Udara, Kursus Sains Sukan Tahap 1 dan Kursus bola sepak AFC ‘C’ Coaching Certificate. Beliau juga aktif dalam sukan bola sepak dan pernah mewakili TLDM sehingga ke peringkat ATM dan kini merupakan jurulatih bola sepak TLDM dan pernah di Anugerahkan Kecemerlangan Sukan TLDM.
PW I JTP (H) (I) FAIRULL SALEHEN BIN JA'AFAR
PPS PPA
PW I JTP (H) (I) Fairull Salehen bin Ja’afar dilahirkan pada 26 Mac 1983 di Kg Sri Lukut Kahang Bt 28 Kluang Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Felda Tenggaroh 02 Mersing Johor. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenggaroh A sehingga tingkatan 5. Beliau membina rumahtangga dengan Puan Norhidayati binti Othaman pada 22 Disember 2006 dan telah dikurniakan 4 cahaya mata, 2 anak perempuan dan 2 anak lelaki.
Berbekalkan minat dan keinginan yang mendalam sejak di bangku sekolah, beliau memohon menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada awal tahun 2000 (Pengambilan 187/01) dengan menduduki temuduga pengambilan yang dianjurkan TLDM di Kluang Johor. Cita-cita beliau menjadi kenyataan apabila diterima berkhidmat pada 28 Mei 2001. Selepas menamatkan latihan asas ketenteraan di PULAREK Tg. Pengelih Johor, beliau telah diterima masuk ke Cawangan Kepakaran RDP (JTP).
Dengan kepercayaan yang diberikan oleh peringkat tertinggi TLDM beliau berminat untuk menyambung perkhidmatan sehingga ke 26 tahun. Dalam Perkhidmatan beliau telah ditempatkan dibeberapa unit kapal TLDM seperti KD BELADAU, KD LEDANG, KD PERDANA, KD SRI INDERAPURA, KD SRI INDERASAKTI sebagai staf Navigasi dan KD SELANGOR sebagai Serang 2 dan Penyelia pusat Operasi. Selain itu juga beliau di perjawatkan di beberapa unit pangkalan seperti PASKAL, Skn 502, Pustakmar, MPPL (N7), KDSI Tg.Pengelih, MCC Tawau, MPAT (N5) dan MPKS (N7) seterusnya pada 25 Mac 2022 beliau dilantik sebagai Pegawai Waran Markas (PWM) Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM Sg.Lunchu Johor. Berbekalkan minat dan keinginan yang mendalam beliau mempunyai 4 kepakaran tambahan yang diguna pakai didalam TLDM termasuk Jurulatih Kepakaran JTP (I), Helicopter Contoller (H), Pegawai Geladak Penerbangan (FDO) dan Perhubungan Strategik PR (N7).
Sepanjang kerjayanya, beliau turut terlibat dalam beberapa operasi sebenar seperti menyelamatkan 2x kapal MISC di tawan lanun di Somalia, Op Orkim Harmoni dan Ops Daulat di Perairan Sabah. Beliau juga terlibat dalam beberapa latihan-latihan bersama Negara Asing seperti CARAT, Bersama SHELL, Bersama LIMA, Bersama GOLD, MALZEA, BRUMAL, MALFHI dan MALPURA di sekitar perairan negara dan juga di luar negara. Selain itu, beliau turut terlibat dalam lawatan operasi di luar negara seperti Thailand, Combodia, Indonesia, Australia, New Zealand, Singapura, Oman, Yaman, Djibouti, Somalia, Filipina, Brunei, Afrika selatan dan India.
Sepanjang kerjayanya di TLDM, beliau telah dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang. Dengan pengetahuan yang luas dalam bidang Pelaut dan TLDM, ia membolehkan beliau menguasai bidang tugasnya serta dapat melatih dan menjadi Jurulatih Profesional di KDSI Tg.Pengelih serta boleh membimbing & memimpin anggota bawahan dengan kemahiran dan kepakarannya sendiri.
Sumbangan dan khidmat bakti yang beliau berikan amatlah mulia dan patut dipandang tinggi. Beliau merupakan seorang yang suka mengambil berat tentang kebajikan dan memberikan ketelitian tugas terhadap anggota di bawah naungannya sesuai dengan bidang kuasanya sebagai Pegawai Waran. Komitmen, dedikasi, pencapaian bukan sahaja timbul daripada menunaikan kewajipannya, tetapi kesanggupan berkorban tenaga dan masa dengan menyerahkan kepentingan peribadi demi perkhidmatan dan mereka yang ingin berkhidmat untuk Bangsa dan Negara. Sumbangan beliau telah terbukti dengan baik kerana beliau telah dianugerahkan beberapa Sijil Perkhidmatan Cemerlang, antaranya pada tahun 2016 dan 2018 serta anugerah bintara berkualiti 2019.
Kewibawaan serta khidmat bakti yang dipamerkan bukan sahaja kerana kewajipan tetapi juga kerana sifat taat setia kepada perkhidmatan dan sikap kepewiraan yang tidak pernah mementingkan diri sendiri. Dengan pengetahuan ketenteraan, pengalaman yang luas dan sikap profesional yang tinggi selaras dengan pangkat serta seorang yang dedikasi dalam memberikan yang terbaik pada perkhidmatan beliau telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan sebagai Pegawai Waran Markas yang pertama di Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM pada 25 Mac 2022. Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM kini memegang Unit Bawah Naungan (UBN) seperti KD SRI MEDINI, KD SRI KLANG, KD SRI PINANG, KD SRI MANJUNG, KD SRI KUANTAN, PSTL Setiu, PSTL Kuching, PSTL Labuan, KD SRI LIKAS, KD SRI SANDAKAN dan KD SRI TAWAU.
PW I JTP (I) ROBIN ANAK JELIAN
PKN PPS PPA
PW I JTP (I) Robin anak Jelian dilahirkan di Hospital Lau King Howe Sibu, Sarawak pada 11 Julai 1980 dan merupakan anak kedua dari 5 adik beradik. Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Cecilia anak Tambie dan telah dikurniakan dua cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan. Pegawai Waran telah menyertai perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 31 Julai 2000 dan menjalani latihan asas rekrut di Pusat Latihan Rekrut Tanjung Pengelih, Johor Bahru dalam pengambilan 185/00 seterusnya diserapkan ke Cawangan Kelasi berkepakaran Radar Plotter (RDP).
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau telah diperjawatkan di beberapa buah kapal dan pangkalan TLDM iaitu KD SRI SABAH, KD GEMPITA, KD MAHAWANGSA, KD SERANG, Pusat Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (PPPM), Bilik Operasi Markas Pemerintahan Armada, Bilik Operasi Markas Wilayah Laut 2, Pejabat Operasi KD SRI SEMPORNA - Unit 2 PASKAL, Bilik Operasi Bersama Markas Angkatan Tugas Bersama 2, Pejabat Malaysian Maritime Command Center (MMCC), Markas Tentera Laut di Bahagian Operasi dan Strategi, Pusat Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (PPPM). Beliau pernah diberi kepercayaan oleh Majlis Keselamatan Negara sebagai Bintara Perhubungan bersama Delegasi Malaysia bagi Lawatan Kerja ke Maritime Command Center Tarakan, Indonesia. Beliau juga pernah terlibat dengan latihan bersama Negara-Negara Luar seperti Thailand, Singapura, Filipina, Kemboja dan Indonesia.
Beliau juga mudah didekati dengan masyarakat setempat dan mudah bergaul dengan anggota bawahan serta pegawai. Beliau aktif dalam aktiviti sukan yang telah dianjurkan oleh Markas dan Unit dan pernah mewakili TLDM dalam sukan mendayung perahu panjang. Bagi mengiktirafkan Pegawai Waran yang sentiasa komited dan berdisiplin, Pengurusan tertinggi TLDM dan Lain-lain Pangkat (LLP) telah menyokong serta bersetuju untuk melantik beliau sebagai Pegawai Waran Markas (PWM) bagi Markas Wilayah Laut 3 yang ke-5 mulai 5 Sep 22.
PW I TLS Tc. NOR ASRUL BIN AZMI
PKN PPS PPA
PW I TLS Tc. Nor Asrul bin Azmi telah dilahirkan pada 12 Mei 1987 di Kg Kelisar, Batu Gajah, Tanah Merah Kelantan Darul Naim. Merupakan anak ke 2 daripada 4 orang adik beradik. Telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Lawang, seterusnya diperingkat sekolah menengah Pegawai Waran telah menamatkan pengajian di sekolah Menengah Teknik Tanah Merah dalam bidang Kejuruteraan Awam. Pegawai Waran mula menceburkan diri dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 20 Julai 2005 dan telah menjalani Latihan Asas Perajurit Muda di Pusat Latihan KD Sultan Ismail Tanjung Pengelih, Johor bagi pengambilan 196 dengan jayanya dan seterusnya diserapkan ke skim Perantis Diploma Teknologi Marin bagi kepakaran Teknisyen Letrik dan Senjata.
Pegawai Waran telah mendirikan rumah tangga bersama Puan Norayu binti Mat Ali. Hasil perkongsian hidup beliau telah dikurniakan seramai 3 orang cahaya mata. Dalam tempoh 19 tahun berkhidmat sebagai anggota TLDM, Pegawai Waran telah diperjawatkan di beberapa bahagian operasi antaranya seperti KD Hang Tuah, Stesen Sierra TLDM, Depot Senggara Armada Timur, KD Laksamana MUHAMMAD AMIN, Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM, KD Laksamana MUHAMMAD AMIN dan Depot Senggara Armada Barat. Pelbagai sejarah pahit dan manis yang telah dicatat dan diharunginya sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut menjadikan beliau lebih berpengalaman dan berkeyakinan. Sebelum beliau dilantik sebagai PWM MkLB, beliau telah melalui proses temuduga lembaga pemilihan yang dipengerusikan oleh YBhg Laksamana Pertama Ts Shaiful Bahri bin Baharudin, Panglima Logistik Barat (PANGLOB) pada 30 Ogos 2024. Setelah melalui proses pemilihan dan penilaian, pihak pengurusan tertinggi TLDM telah bersetuju melantik PW I TLS Tc. Nor Asrul bin Azmi sebagai Pegawai Waran Markas MkLB yang baharu. Majlis perlantikan PWM secara rasminya telah disempurnakan oleh YBhg PANGLOB pada 24 Disember 2024. Perlantikan PWM MkLB ini merupakan yang ketiga sejak jawatan ini diperkenalkan pada tahun 2015.
Kursus-kursus kerjaya dan kepakaran yang telah dihadiri beliau dalam meningkatkan profesional serta memperkasakan kemahiran dan pengetahuan antaranya ialah kursus Wartsila Deutz Engine BF 6L 913C, Kursus Pengoperasian/Selenggaraan Peralatan Penjana Air Tawar, Kursus Ship Power Quality Management, Kursus Pengendalian dan Selenggaraan Kamewa FF 410 Waterjet System, Kursus Rewinding Motor 1 & 3 Fasa, Kursus Switchboard, Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (PP-PPT, PPL, PP-PPD-PPB), Kursus Juru Audit EKSA, Kursus dalaman bagi safety and health - working at height and confine space. Tidak lengkap dengan itu, beliau telah mendapat tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti program pengajian K-Force diperingkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Bachelor of Management) yang dikendalikan oleh pihak UNITAR. Minat yang mendalam terhadap kepakaran yang disandang, beliau telah mengikuti program pertauliahan Vocational Trainer Operation (VTO) yang di jalankan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan seterusnya beliau telah mendapat pengiktirafan Technician Certified oleh Malaysia Board Of Technologists pada tahun 2022.
Pegawai waran juga aktif dalam sukan Perahu Layar, peringkat tertinggi yang pernah beliau sertai adalah diperingkat kebangsaan dan pernah mendapat sijil kepujian Lambang Emas daripada Majlis Sukan Angkatan Tentera pada tahun 2023. Di samping itu, beliau merupakan seorang yang berkebolehan dalam memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada anggota bawahan serta mampu menjadi pengantara diantara pihak pengurusan dan anggota bawahan. Kebolehan ini bukan sahaja digunakan dalam perkhidmatan malah dimanfaatkannya untuk aktiviti-aktiviti sosial bersama masyarakat setempat. Beliau juga turut diberi kepercayaan bagi memegang beberapa jawatan selain daripada tugasan hakiki iaitu selaku Timbalan Ketua Blok RKTLDM dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Sekolah.
Disepanjang perkhidmatan, beliau telah menunjukkan sikap dedikasi dan ketekunan kerja yang tinggi serta berusaha dengan gigih untuk meningkat maju dalam kerjaya ketenteraan. Hasil daripada kesungguhan dan dedikasi yang telah dipamerkan dalm tempoh 19 tahun perkhidmatan, beliau telah dianugerahkan dengan anugerah dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 2012, 2016 dan 2022 dan Calon Bintara Terbaik TLDM tahun 2023. Selain itu, bagi mengenang jasa dan pengorbanan yang dicurahkan kepada TLDM yang seharusnya dibanggakan, beliau juga telah dikurniakan dengan Pingat Kedaulatan Negara pada 23 Mei 2023.
PW I TNL MUHAMMAD NOR AIMAN BIN ABDULLAH
PPS PPA
Beliau merupakan Pegawai Waran Markas (PWM) yang pertama dilantik sebagai Pegawai Waran Markas Logistik Timur (PWM Mk LT). Beliau merupakan anak kelahiran negeri Melaka. Beliau menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia pada Mac 2000 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Batu Arang, Selangor. Beliau menjalani latihan rekrut di Pusat Latihan Rekrut Tentera Laut Diraja Malaysia (PULAREK TLDM) Tanjung Pengelih, Johor. Merupakan pengambilan pertama yang berjaya menamatkan latihan rekrut dipusat latihan tersebut.
Sepanjang perkhidmatan, beliau diperjawatkan dengan pelbagai jawatan. Antaranya KD HANG TUAH, KD SRI TAWAU, KD SULTAN ISMAIL, PUSAT KEPIMPINAN TLDM, DEPOT BEKALAN ARMADA, KD SRI INDERASAKTI, KD SRI SANDAKAN, KAPAL AUXILLARI TUN AZIZAN (KA TAZ) , MARKAS LOGISTIK TIMUR dan MARKAS PEMERINTAHAN ARMADA TIMUR. Pengalaman berharga beliau ialah semasa penugasan dalam operasi terhad iaitu OP PASIR dan OP DAULAT BENUA yang melibatkan keselamatan negara.
Selain itu, semasa berkhidmat di KA TAZ beliau terlibat dalam operasi melibatkan intergrasi dengan pihak kepentingan bersama seperti Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MISC Berhad).
Beliau mempunyai pengalaman yang luas hasil daripada perjawatan-perjawatan yang pernah disandang di antaranya ialah Jurulatih Pengajian Kepimpinan (Pertengahan) di Pusat Kepimpinan TLDM, Yang Dipertua Wisma Laskar Depot Bekalan Armada, Ahli Pasukan Bertindak Proses Markas Pendidikan Dan Latihan TLDM (MPPL) bagi Anugerah Kualiti Markas, Ahli Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KA TUN AZIZAN, Ahli Jawatankuasa Bersama Koordinator Projek Jiwa Murni Markas Logistik Timur dan beberapa jawatan lain lagi. Selain itu, beliau juga pernah terlibat dalam penyediaan kertas kerja awal pengubahsuaian Pangkalan Tentera Laut KD SRI TAWAU pada tahun 2003.
Sepanjang perkhidmatan, beliau juga telah menghadiri beberapa kursus dan seminar. Di antaranya kursus yang telah dihadiri ialah Sistem Latihan (Teknik Mengajar, Analisis dan Reka Bentuk, Kawalan Mutu), Pengurusan Kualiti (ISO 9001:2008), Building English Skills, Crane Operator Course, Developing Dynamic Web Application, Fasilitator EKSA, Flight Deck Officer (FDO), Kursus Asas Lotus Freelance, Kursus Pengurusan Inventori V3, Pengurusan Rekod Kerajaan, Teknik Mengajar (Lanjutan Jurulatih), Kursus Pemantapan Akidah dan Seminar Kefahaman Islam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Selain itu, beliau juga senantiasa mengasah kemahiran dalam perkhidmatan dan mempunyai beberapa kursus kemahiran tambahan yang telah dipelajari. Antara kursus kemahiran tersebut ialah:
1. Sijil Kemahiran Universiti Teknologi Malaysia Microsoft Server 2003 dan Window XP Professional.
2. Majlis Latihan Vokasional Malaysia, Sijil Kemahiran Malaysia Pembantu Juruteknik Logistik Tahap 1.
3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia, Sijil Kemahiran Malaysia Pembantu Juruteknik Logistik Tahap 2.
4. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia, Sijil Kemahiran Malaysia Penyelia Pembantu Tadbir Sistem Maklumat Tahap 3.
5. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia, Sijil Kemahiran Malaysia Penyelia Sekuriti Tahap 3.
6. Sijil Kemahiran Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) Bidang Imej Digital.
Selain itu, beliau merupakan pemenang Anugerah Laskar Terbaik Markas Pendidikan dan Latihan TLDM (MPPL) bagi tahun 2007 dan seterusnya merupakan calon peringkat akhir Anugerah Laskar Terbaik TLDM 2008. Beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang lebih dari 3 kali serta pernah mendapat Surat Penghargaan semasa menamatkan kursus Laskar Kanan di Fakulti Bekalan dan Pengurusan terhadap pencapaian kursus yang cemerlang. Pencapaian tertinggi beliau adalah mewakili TLDM dan menghadiri Sea Power Conference 2019 dan seterusnya menghadiri Westren Pacific Naval Symposium Senior Enlisted Leaders Working Group 2019 (WPNS SELWG) yang merupakan seminar Pegawai Waran (PW) yang melibatkan 24 buah negara yang dianjurkan oleh Tentera Laut Diraja Australia (TLDA) pada 06 hingga 14 Oktober 2019 di Sydney, Australia.
Beliau sudah berumahtangga bersama Puan Noribah binti Harun dan telah dikurniakan 2 cahaya mata perempuan dan seorang lelaki. Beliau sangat minat melancong bersama keluarga dan menikmati keindahan alam semulajadi. Beliau gemar melakukan aktiviti luar bersama keluarga serta jiran tetangga dan rakan-rakan sekerja dengan tujuan mengeratkan tali silaturrahim selain ianya juga menjadi The Way of NAVY’s Life.
PW I PBK (I) MD SAIDI BIN SIDEK
PPS PPA
PW I PBK (I) Md Saidi bin Sidek memasuki perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia pada 30 Mac 2000 di Pusat Latihan Rekrut TLDM Tanjung Pengelih, Pengerang Johor kini dikenali sebagai KD Sultan Ismail Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM. Merupakan pengambilan 184 dan telah diserapkan ke cawangan Pelaut berkepakaran Peperangan Bawah Permukaan Kawalan (PBK), telah berkhidmat 21 tahun dalam perkhidmatan dan akan menamatkan perkhidmatan pada 29 Mac 2026 (26 Tahun). Pegawai Waran telah dilahirkan di Kampung Durian Chondong Bukit Kepong Muar Johor telah berumahtangga dengan Puan Norolhuda binti Soap, kini menetap di Blok B5 unit 102 RKTLDM dan telah dikurniakan 4 orang cahaya mata lelaki.
Pegawai Waran pernah menimba pelbagai pengalaman serta mencurahkan bakti di unit-unit seperti KD LAKSAMANA TAN PUSMAH, KD LAKSAMANA HANG NADIM, BOSUN MARKAS ARMADA, BOT TUNDA SATU, KD LEKIU, BENGKEL RIGGERS DEPOT SENGGARA ARMADA, Sekolah Pengajian Ilmu Kelautan KD PELANDOK, MARKAS KESIAGAAN TLDM, Bahagian Pemeriksaan dan Penilaian (N10) MARKAS PEMERINTAHAN ARMADA BARAT dan Sekolah Pengajian Peperangan Bawah Permukaan KD PELANDOK.
Sepanjang perkhidmatan Beliau menunjukkan minat serta hasrat yang tinggi untuk terus menabur bakti kepada TLDM khasnya serta ATM amnya. Pegawai Waran telah terlibat secara lansung dalam mewujudkan system e-Learning berkaitan Ship Husbandry yang telah dimuat naik dalam e-MPAB pada Hari TLDM ke - 85. Pegawai Waran telah terlibat dengan lebih 20 audit dan berpengalaman sebagai tenaga pengajar selama 8 tahun serta menghadiri pelbagai eksesais baik dalam mahupun luar negara menjadikan beliau diiktiraf sebagai Subject Matter Expert (SME) dalam bidang Ilmu Kelautan bersandarkan kepada pengetahuan serta pengalaman yang dimiliki. Pegawai Waren diberi kepercayaan mengikuti kursus Juruaudit Dalaman OHSAS 18001:2007 dan pernah ditugaskan sebagai Pegawai Kesihatan Dan Keselamatan Pekerja semasa berkhidmat di Depot Senggara Armada. Beliau juga pernah memegang jawatan Pegawai Waran Tadbir Sekolah Pengajian Peperangan Bawah Permukaan KD PELANDOK.
Pengetahuan ketenteraan yang baik selaras dengan pangkat serta seorang yang dedikasi dalam memberikan yang terbaik kepada perkhidmatan beliau telah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan sebagai Pegawai Waran Markas telah diangkat dan dilantik sebagai Pegawai Waran Markas Pangkalan Lumut yang ke 3 pada 9 Feb 2021.
PW I PRL IRWAN FAIROZ BIN MAT ARIFF
BAT PPS PPA
PW I PRL Irwan Fairoz bin Mat Ariff dilahirkan pada 08 Sept 1979 di Hospital Besar Ipoh dan dibesarkan di Felda Gunung Besout 5, Sungkai Perak. Berkahwin dengan Puan Hayati binti Jamal dan dikurniakan 5 orang anak lelaki. Mula berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 27 Oktober 1999 di Pusat Latihan Pengambilan Pangkalan TLDM Lumut dan dimasukkan ke Cawangan Provos Tentera Laut (PRL).
Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah berkhidmat dikapal dan unit pangkalan bermula KD Sri Tawau, PROTELA Labuan, PROTELA Kota Kinabalu, CPK Selangor, KD Sultan Abdul Aziz Shah, SKTLDM Lumut, Depot Bekalan Armada, KD Selangor, Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM dan Markas Pemerintahan Armada Barat.
Di samping itu, dia juga berjaya lulus kursus kerjaya dan kursus sampingan seperti Kursus Fasilitator dan Jatidiri, Kursus Training Of Trainer (TOT) PEMADAM, Kursus Training Of Trainer (TOT) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pengendalian Kursus Mahkamah Tentera, Kursus Anti Narkotik, Kursus Asas Penyiasatan, Kursus Pengadilan Ujian Dadah Dalam Air Kencing, Kursus Pengiring Orang Kenamaan dan Litupan Keselamatan, Kursus Penyiasatan Dalaman dan Kursus Pengurusan Keselamatan.
Sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatannya yang cemerlang, TLDM telah menganugerahkannya dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2007 di Unit Protela Kota Kinabalu, Anugerah Kualiti dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di KD Sultan Abdul Aziz Shah serta Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM dan Anugerah Kualiti di Depot Bekalan Armada. Dia adalah orang yang positif dalam pekerjaan yang telah diamanahkan dengan sifat kepemimpinan dan disiplin yang telah menjadi bawahan dan telah menunjukkan dedikasi dan komitmen dalam melaksanakan tugasnya. Dia juga pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Waran pertama (PWM) untuk Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM pada 17 Disember 2018 sejak ia ditubuhkan sehingga 13 Dis 2019. PW I PRL Irwan Fairoz bin Mat Ariff dilantik sebagai Pegawai Waran keempat (PWM) Pusat Hidrografi Nasional pada 18 Jun 2020.
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN