Image
Image
Image

Select your language

Sesi bergambar bersama pensyarah jemputan dan fasilitator

SG. LUNCHOO, 5 Apr – Selari dengan aspirasi Kertas Putih Pertahanan (KPP) dan ketetapan Strategi Ketenteraan Negara (SKN), Bahagian Inspektorat Jeneral (BIJ) telah menganjurkan Bengkel Pertama Pembangunan BRL 1 - Strategi TLDM mulai 5 hingga 8 Apr 21 di Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM. Objektif utama bengkel adalah untuk membentuk pemahaman yang sekata kepada peserta bengkel dan seterusnya membangunkan kerangka penulisan BRL 1 yang memenuhi aspirasi KPP dan SKN 2.0 dalam aspek kebersamaan (jointness).

Bengkel ini melibatkan kehadiran semua ahli yang terdiri daripada wakil setiap Bahagian di Markas Tentera Laut. Kept (K) Prof Dato’ Dr Zakaria bin Ahmad PSSTLDM, iaitu Felo Kehormat Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Lt Kol Abang Raduan bin Abang Madihi TUDM yang merupakan ahli tim penulisan SKN 2.0 telah dijemput untuk memberikan taklimat pembangunan KPP dan SKN 2.0. Manakala, Kept Mohd Yusri bin Yusoff TLDM dari Markas Pemerintahan Kapal Selam telah dijemput sebagai fasilitator sepanjang bengkel dilaksanakan bagi membimbing peserta dalam mencapai objektif yang telah digariskan.

BRL 1 Strategi TLDM merupakan dokumen induk (capstone document) yang akan dijadikan sumber rujukan utama bagi pembangunan BRL lain di peringkat strategik, operasi dan taktikal. Ianya penting bagi menentukan hala tuju TLDM untuk tempoh jangka panjang terutama dalam memenuhi pembangunan keupayaan dalam domain maritim selaras Keupayaan Angkatan Masa Hadapan di dalam KPP.

Sumber : Bahagian Inspektorat Jeneral
Artikel   : Kept Syanaz bin Ibrahim TLDM
Foto      : Lt M Mohd Noordin bin Hasanuddin PSSTLDM

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image