Sesi bergambar bersama Timbalan Panglima Tentera Laut
KOTA KINABALU, 20 Okt – Mesyuarat Lembaga Kelayakan Kapal Selam (LKKS) Ke-24 siri 3/21 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg Laksdya Dato’ Abdul Rahman bin Ayob, Timbalan Panglima Tentera Laut. Mesyuarat turut dihadiri oleh 4 ahli tetap iaitu Panglima Angkatan Kapal Selam sebagai Timbalan Pengerusi, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Laksda Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Ruzelme bin Hj Ahmad Fahimy, serta Pegawai Kanan MPKS.
Secara amnya, LKKS ditubuhkan bagi menentukan tahap kepakaran serta kemahiran pegawai dan anggota berkepakaran kapal selam sentiasa berada di tahap yang terbaik. Ia merangkumi penentuan mekanisme dalam melaksanakan perakuan, pemberian atau peningkatan kelayakan, pelucutan atau penurunan kelayakan dan penilaian prestasi warga berkepakaran kapal selam. LKKS pada kali ini melibatkan perakuan kelayakan seramai 10 pegawai dan 11 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang telah berjaya menamatkan kursus kepakaran dan kelayakan masing-masing. Syabas dan tahniah diucapkan.
Sumber : Pejabat Perhubungan Awam (N7) MPKS
Artikel : PW I JTP (H,I) Fairull Salehen Bin Jaafar
Foto : PW I JTP (H,I) Fairull Salehen Bin Jaafar
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN