Image
Image
Image

Select your language

Kenaikan pangkat menyuntik motivasi buat warga Navy People

LUMUT, 13 Apr – Penuh ringkas namun penuh bermakna. Inilah gambaran suasana majlis pemakaian pangkat warga Navy People yang telah berlangsung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 di Markas Pemerintahan Armada Barat. Majlis yang hanya dihadiri oleh segelintir warga ini adalah seiring dengan prosedur keselamatan yang telah digariskan. Pihak penganjur juga telah mengambil langkah pencegahan dan keselamatan dengan mempraktikkan kedudukan jarak sosial antara seorang individu ke individu lain selain turut mewajibkan setiap individu untuk memakai topeng muka sebilang masa kecuali ketika pemakaian pangkat dilaksanakan.

Upacara pemakaian pangkat ini telah dilaksanakan bagi meraikan kenaikan pangkat bagi lima orang Pegawai TLDM dan 20 anggota lain-lain pangkat (LLP).

Antara yang menerima kenaikan pangkat hari ini adalah:

Kept TLDM kepada Pemangku Laksamana Pertama
1. Kapten Hj Satria Sarawak bin Hj Jais TLDM – Pegawai Memerintah Depot Bekalan Armada Barat.

Komander TLDM kepada Kepten TLDM
1. Kdr Hj Shaiful Fadzli bin Ismail TLDM – Pegawai Memerintah KD KEDAH.
2. Kdr Mohd Nazree bin Hj Mohd Noor TLDM – AKS Logistik MPA Barat
3. Kdr Ir. Razali bin Mohd Arsad TLDM - Pegawai Memerintah Depot Senggaraan Armada Barat.

Lt Dya TLDM kepada Lt TLDM
1. Lt Dya Nur Asikin binti Johari TLDM – MPA Barat.

Seterusnya, Panglima Armada Barat turut menyempurnakan pemakaian pangkat bagi 4 orang Pemangku Pegawai Waran II, 4 orang Pemangku Bintara Kanan dan 12 orang Pemangku Bintara Muda.

Dalam ucapan beliau, Panglima Armada Barat telah menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada kesemua warga yang dinaikkan pangkat dan berharap dengan kenaikan pangkat tersebut dapat dijadikan pemangkin semangat untuk terus cemerlang. Di samping itu, beliau juga mengingatkan warga supaya sentiasa tabah dan sabar dalam tempoh PKP ini selain turut menitikberatkan penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB
Artikel   : P/BM TNL Norazi bin Ismail
Foto      : LK PAP An Nur Ehsan @ Zahir bin Almonsani

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image