Kdr Ir. Dr Arman Ariffin TLDM di Konvension Antarabangsa Smart Ship Technology, London pada tahun 2016
Kdr Ir. Dr Arman Ariffin TLDM adalah seorang Pegawai Kejuruteraan TLDM yang pertama dianugerah Sarjana Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan. Beliau memperoleh PhD secara kajian (by research) dari École Nationale Supérieure de Techniques Avancées (ENSTA) Bretagne, Université de Bretagne Occidentale, Perancis pada tahun 2017, pengkhususan dalam Mechanics, Fluid Mechanics and Energy. Lebih membanggakan, beliau telah berjaya menamatkan pengajian PhD dalam tempoh 3 tahun sahaja.
Perkongsian ilmu Kdr Ir. Dr Arman dengan pakar kejuruteraan seluruh dunia telah mengharumkan nama TLDM dan Malaysia. Beliau telah menghasilkan dan membentangkan beberapa kertas kerja kejuruteraan di konvension antarabangsa di merata dunia termasuk Perancis, United Kingdom, Jerman, Belanda, Sweden, Portugal dan Jepun sejak tahun 2014. Kepakaran beliau yang bernilai tinggi menyaksikan Kdr Ir. Dr Arman dilantik sebagai Ahli Tetap kepada International Maritime Organisation (IMO) yang beribu pejabat di London bagi Sub-committee Ship Design and Construction (SDC).
Selain sumbangan kepada komuniti jurutera profesional antarabangsa, Kdr Ir. Dr Arman juga merupakan ahli Special Action Committee (SAC) TLDM untuk mengkaji dan menyelesaikan beberapa permasalahan kejuruteraan kapal TLDM, dimana sebahagian isu tersebut telah berjaya diselesaikan.
Di luar kerjaya sebagai pegawai TLDM, Kdr Ir. Dr Arman turut aktif dalam sukan lasak triathlon. Beliau merupakan seorang daripada segelintir rakyat Malaysia yang lulus pra-kelayakan (pre-qualification) pertandingan Ironman Distance Triathlon (3.8km Swim, 180km Bike and 42km Marathon) pada tahun 2005 di Langkawi, iaitu salah satu race course yang paling mencabar di dunia. Beliau menduduki tempat kedua (first runner-up) dalam tempoh masa yang ditetapkan dan telah diberi satu slot untuk menyertai World IRONMAN Championship Race di Kona, Hawaii pada tahun tersebut yang turut disertai atlet triathlon profesional seluruh dunia. Namun begitu, beliau tidak dapat menyertai pertandingan tersebut atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Pencapaian, sumbangan dan keberhasilan Kdr Ir. Dr Arman ini amat membanggakan TLDM, selain telah mengharumkan nama Malaysia. Ianya boleh dijadikan contoh serta inspirasi kepada warga Navy People.
Sumber : Markas Tentera Laut Bahagian Kejuruteraan
Artikel : Laksda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN