Image
Image
Image

Select your language

Lt Chan bersama Pegawai dan Anggota TLDM di IRONMAN Langkawi 2019

Pegawai muda Lt Chan Jun Shen TLDM telah mencipta 2 sejarah yang membanggakan TLDM. Beliau merupakan pegawai pertama di dalam perkhidmatan yang menghasilkan sendiri produk sukan yang mempunyai nilai komersial di dalam pasaran. Selain itu bagi rekod di Malaysia, Pegawai adalah rakyat Malaysia termuda yang berjaya menamatkan pertandingan IRONMAN.

Pegawai adalah Certified Air Engineering Officer (AEO) yang kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Separuh Masa secara kajian (by research) mengenai Rain Resistant Chain Lubricant. Pengajian pegawai dijangka selesai pada tahun 2021. Keberhasilan yang membanggakan TLDM ialah pegawai telah berjaya menghasilkan sendiri formula minyak pelincir rantai untuk kegunaan basikal seperti Road Bike, Time Trial (TT) Bike dan sebagainya dengan jenama komersialnya sendiri. Prestasi pelincir rantai ini telah melalui pembuktian ujian makmal, dimana pelincir tersebut telah digunakan oleh sebilangan atlet profesional serta amatur semasa pertandingan peringkat tempatan mahu pun antarabangsa.

Selain kecemerlangan dalam kerjaya, Pegawai juga aktif dalam sukan lasak, dimana pegawai adalah rakyat Malaysia termuda yang berjaya menamatkan Ironman Distance Triathlon (3.8km Swim, 180km Bike and 42km Marathon) pada umur 18 tahun 1 bulan 24 hari untuk mendapat gelaran IRONMAN. Rekod ini masih kekal sehingga ke hari ini. Sehingga kini, pegawai telah berjaya menamatkan 9 perlumbaan IRONMAN.

Pencapaian Lt Chan Jun Shen ini amat membanggakan TLDM dan boleh dijadikan contoh serta inspirasi kepada warga Navy People. Semoga warga the Navy People menjadi warga yang berkualiti, produktif serta mempunyai nilai modal insan yang baik dalam segala aspek.

Sumber : Markas Tentera Laut Bahagian Kejuruteraan
Artikel   : Laksda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah

 

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image