Image
Image
Image

Select your language

LONDON, 29 Jan - Komander Ir. Dr. Arman bin Ariffin TLDM yang dilantik oleh IMO sebagai Subject Matter Expert (SME) bidang Ship Design & Construction – Dynamic Stability telah menghadiri Mesyuarat The 10th Session of the Sub-Committee on Ship Design and Construction (SDC) dari 22 hingga 26 Januari 2024 di kota metropolitan ini. Sub-Committee ini adalah di bawah organisasi IMO Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang mengawal selia peraturan pembinaan kapal (regulating ship construction). Bagi sesi kali ini, ratusan SME dari 41 buah negara seperti Canada, Denmark, France, Italy, Japan, Netherlands, Norway, Republic of Korea, Russian Federation, Sepanyol, Sweden dan sebagainya telah bersidang.

Kdr Ir. Dr. Arman merupakan rakyat Malaysia yang pertama terlibat dengan pembangunan Second Generation Intact Stability Criteria di peringkat antarabangsa.

Bagi mesyuarat kali ini, Pegawai terlibat sebagai panel bagi merangka framework Guidelines for the Reduction of Ship Underwater Noise yang akan diterbit oleh IMO dengan rujukan sebagai (MEPC.1/Circ.833). Penglibatan Pegawai adalah signifikan memandangkan (MEPC.1/Circ.833) tersebut akan menetapkan rules and code yang perlu dipatuhi oleh negara-negara yang mengganggotai UN.

Warga Navy People wajar menjadikan pengiktirafan UN terhadap kepakaran Komander Ir. Dr. Arman bin Ariffin TLDM dan pencapaian beliau sebagai motivasi/inspirasi menjadikan TLDM lebih unggul dan cemerlang.

Sumber : Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan.
Artikel : Laksamana Muda Dato’ Ir. Ts. Haji Mohd Shaiful Adli Chung.
Foto : Lt Dya Muhammad Ikmal bin Mohd Saed TLDM.

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image