Image
Image
Image

Select your language

KUCHING, 3 Jul – Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet Kanan PSSTLDM telah disempurnakan oleh Pegawai Wakil Tentera Laut (PWTL) Kuching, Lt Mohd Ismail Bin Yakub TLDM selaku Pegawai Memerintah di ruang legar Pejabat PWTL Kuching. Acara diadakan secara ringkas ini mengikut Prosedur Operasi Standard yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

Seramai 5 orang Pegawai Kadet telah dinaikkan pangkat ke Pegawai kadet Kanan PSSTLDM berkuatkuasa 4 Jun 21.

  1. PKK Norulaini Binti Koshiri
  2. PKK Shirley Helda anak Chuat
  3. PKK Fatin Munirah Binti Ikhwani
  4. PKK Nur Atikahmalina Binti Mahtar
  5. PKK Patriscia Anta anak Eddy

Pada majlis tersebut, Pegawai Memerintah mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada kelima-lima Pegawai PSSTLDM yang telah dinaikkan pangkat. Beliau berharap dengan pemakaian pangkat ini dapat menyuntik semangat untuk terus berusaha serta berupaya menabur bakti kepada perkhidmatan TLDM dan juga PSSTLDM.

Pegawai Memerintah juga berharap agar seluruh warga Navy People Kuching sentiasa berusaha dan perlu keluar dari zon selesa sekarang. Setiap peluang kerjaya tidak datang bergolek dan memerlukan usaha.

Sumber      :PR PWTL KUCHING
Artikel        :Lt M Syful Mirza bin Alluwie PSSTLDM
Foto           :LK PNK Ajariah binti Umar

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image