Image
Image
Image

Select your language

PENUBUHAN MALAYSIA : TENTERA LAUT DIRAJA MALAYA MEMBELAH OMBAK
LAUT CHINA SELATAN

Percantuman antara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu telah diutarakan oleh Ketua Menteri Singapura, David Marshal sejak tahun 1955 lagi. Walau bagaimanapun cadangan tersebut telah ditolak oleh Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Apabila Kerajaan Parti Tindakan Rakyat (People's Action Party - PAP) berkuasa pada tahun 1959, Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew juga telah mencadangkan usul yang sama. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu sekali lagi menolak cadangan tersebut kerana demografi kependudukan di Singapura mungkin akan menjejas imbangan politik pada masa itu. Walau bagaimanapun pada bulan Mei 1961 Tunku Abdul Rahman telah mengubah sikapnya mengenai isu percantuman itu. Percantuman yang dicadangkan oleh Tunku bukan sahaja merangkumi Singapura, malahan termasuk Borneo Utara dan Sarawak di dalam gagasan Malaysia'.

Dalam bulan Ogos 1961 persetujuan secara prinsip telah dicapai di antara Tunku dan Lee Kuan Yew, dan seterusnya dalam bulan November Tunku berangkat ke London untuk berbincang dengan Kerajaan British. Suruhanjaya Cobbold ditubuh untuk meninjau pendapat umum rakyat Borneo selama dua bulan dan kemudian melaporkan bahawa 70% daripada rakyat (kecuali Brunei) bersetuju menyertai gagasan Malaysia.

Pembentukan Malaysia sepatutnya diisytiharkan pada 31hb Ogos 1963. Oleh kerana bantahan keras dari Presiden Republik Indonesia pemasyhurannya telah ditangguhkan. Tunku telah meminta Bangsa-Bangsa Bersatu mengesahkan keputusan rakyat Borneo mengenai percantuman tersebut. Keputusan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengiktiraf kedaulatan Malaysia tidak dapat diterima oleh Presiden Sukarno. Beliau seterusnya mengisytiharkan konfrontasi ke atas Malaysia.

KONFRONTASI

Dalam keadaan yang meruncing itu pemimpin-pemimpin negara berusaha Mengadakan perjanjian pertahanan yang meluas dengan Britain, di mana pertahanan merangkumi seluruh wilayah Malaysia. Isu pertahanan yang didukung oleh Kuala Lumpur memperbesarkan lagi angkatan bersenjata telah dikemukakan di Parlimen.

Kelahiran gagasan Malaysia diberi berbagai tanggapan dan tafsiran. Walau bagaimanapun tujuan murni para pemimpin Malaysia ialah untuk menyatukan seluruh penduduk yang terdiri dari rumpun bangsa yang satu supaya bebas dari belenggu penjajah. Malangnya hasrat murni pemimpin-pemimpin Malaysia itu disalah ertikan oleh pemerintah Indonesia, dengan tuduhan bahawa Malaysia adalah satu rencana penjajahan berbentuk baru. Tuduhan tersebut memang sengaja dilemparkan oleh pemirnpin Parti Komunis Indonesia (PKl), D.N. Aidit untuk mempengaruhi pemimpin Indonesia. Tujuan Parti Komunis Indonesia ialah untuk merosakkan hubungan baik kedua negara. Matlamat Parti itu tercapai apabila kedua negara berkonfrontasi.

Dalam penyelesaian sebarang masalah di antara dua jiran yang tidak sebaya, biasanya jiran yang lebih besar akan menang. Berasaskan kepada prinsip ini kerajaan Malaysia telah berazam untuk mempertahankan keselamatan negara dengan cara mengimbangi kekuatan Tentera Nasional Indonesia seberapa yang boleh dengan cara membesarkan lagi pasukan angkatan tentera dan meminta bantuan dari negara-negara sahabat. Dari satu sumber perisikan kekuatan anggota Tentera Nasional Indonesia berjumlah seramai 320,000 orang.

PEMBESARAN ANGKATAN TENTERA PERSEKUTUAN

Pada 13hb Februari 1963 kerajaan Persekutuan telah mengumumkan suatu rancangan pembesaran ketiga-tiga perkhidmatan angkatan bersenjata dalam masa yang singkat. Pengumuman tersebut dibuat oleh Dato' Abdul Razak selaku Menteri Pertahanan. Satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji langkah-langkah yang wajar bagi rancangan pembesaran itu. Ia meliputi kajian ke atas peralihan tanggungjawab dari pasukan tentera British kepada pasukan bersenjata Malaysia, dan rancangan penempatan pasukan-pasukan tentera di Sabah, Sarawak dan Singapura. Penambahan kelengkapan peralatan dan keanggotaan Tentera Laut Diraja Malaya turut dimasukkan di dalam program pembesaran itu. Pada 16hb September 1963 jawatan Captain of the Navy telah ditukar kepada Ketua Turus Tentera Laut (KTTL). Commodore A.M. Synnot RAN, yang menyandang jawatan Captain of the Navy ketika itu terus memegang jawatan Ketua Turus Tentera Laut.

COMMODORE A.M. SYNNOT ADC RAN

Commodore A.M. Synnot berasal dari Australia dan mula berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaya pada 14hb Julai 1962 ketika berpangkat Captain. untuk. Menggantikan Captain W.J. Dovers ADC. Pada 16hb September 1963, beliau dinaikkan ke pangkat Commodore dan sekaligus menjadi Ketua Turus Tentera Laut Diraja Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya di dalam Royal Australian Navy sebagai Pegawai Kadet dalam tahun 1939 dan menerima latihan di United Kingdom. Di antara kapal-kapal yang beliau pernah berkhidmat ialah HMAS CANBERRA, HMAS STUART, HMS BARHAM. HMS PUNJAB, dan HMS QUIBERON. Semasa berkidmat di HMS PUNJAB kapal itu karam di perairan Ireland Utara, tetapi beliau terselamat. Beliau dinaikkan ke pangkat Captain pada bulan Jan 1960 dan dipinjamkan kepada Tentera Laut Diraja Malaya dari bulan Julai 1962 sehingga bulan Mei 1965. Sebagai Ketua Turus Tentera Laut.

Bulan Oktober 1963 merupakan bulan yang paling sibuk sekali dalam sejarah Kementerian Pertahanan Malaysia, kerana pada masa itu berlangsung perancangan, penyusunan semula dan pembesaran angkatan tentera bagi menghadapi konfrontasi. Rancangan itu bertujuan meningkatkan kekuatan tentera sebanyak 30070. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membeli kapal pesawat terbang, senjata dan alat-alat kelengkapan perang yang baru dan moden.

Pada tahun 1961 Kementerian Pertahanan telah membuat pesanan membeli Beberapa buah kapal ronda baru untuk Tentera Laut Diraja Malaysia. Kapal yang dibina di England itu dilengkapi dengan persenjataan moden untuk menggantikan kapal-kapal lama yang tidak lagi sesuai digunakan. Dalam usaha menambahkan lagi bilangan anggota, pada 20hb Mac 1964 satu peraturan telah dibuat untuk membolehkan semua anggota pasukan simpanan dikerah berkhidmat sepenuh masa dengan tentera laut. Pada 11hb April 1964 KD PANGLIMA telah ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Diraja Malaysia. Dalam masa yang sama seramai 17 orang pegawai dari Pasukan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve Cawangan Singapura dikerah berkhidmat sepenuh masa. Pada bulan September dan  Oktober  1964 seorang pegawai dan 17 orang anggota dari Pasukan Singapore Women Auxiliary Naval Service (SWANS) telah diambil berkhidmat sepenuh masa dengan Tentera Laut Diraja Malaysia. Mereka telah ditugaskan ke dalam cawangan kerani, jurutaip, operator Radio dan juga telefonis.

Dengan tertubuhnya Malaysia. Singapura menjadi sebahagian dari wilayahnya dan sekaligus Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Singapura menjadi Malayan Royal Naval Volunteer Reserve. Upacara penyerahan pasukan tersebut kepada Malaysia telah diadakan di pangkalan Pasukan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve Cawangan Singapura, di Teluk Ayer Basin pada 22hb September 1963. Penyerahan melibatkan kapal-kapal dan pangkalan yang kemudiannya ditauliahkan semula ke dalam Tentera Laut Diraja Malaysia. Kapal-kapal tersebut ialah:

NAMA ASAL

NAMA BARU

HMS LABURNUM 

KD  SINGAPURA

HMS PANGLIMA

KD  PANGLIMA

HMS BEDOK

KD BEDOK

HMS PANll

KD  PANJI

Pada ketika itu terdapat kira-kira seramai 105 orang pegawai dan 405 orang anggota lain-lain pangkat yang berkhidmat dengan pasukan tersebut di Singapura. Kekuatan anggota tentera Malaysia pada masa itu  ialah 12,000 orang, sementara Tentera Laut Diraja  Malaysia hanyalah,200 orang, dengan bilangan kapal sebanyak 10 buah.

BANTUAN NEGARA·NEGARA KOMANWEL

Ketika menghadapi konfrontasi, Malaysia telah mendapat kerjasama ketenteraan yang keseluruhannya datang dari negara Komanwel seperti Britain, Australia dan juga New Zealand. Penglibatan anggota-anggota tentera dari negara-negara tersebut dapat membantu menguatkan lagi pertahanan Malaysia. Indonesia cuba mengimbangi kekuatan tentera British di Borneo dengan menambah bilangannya di kawasan tersebut. Negara itu mendakwa bahawa kekuatan tentera lautnya sama kuat dengan Royal Navy. Presiden Sukarno menjelaskan bahawa Indonesia memegang prinsip di mana masalah Asia hendaklah diselesaikan oleh orang-orang Asia sendiri mengikut cara dan perundangan Asia. Tunku Abdul Rahman menangkis dakwaan Sukarno kerana dia yang mengancam Malaysia dan enggan berunding menyelesaikan sengketa cara Asia. Dalam persidangan Komanwel yang diadakan di London pada tahun 1963, cadangan telah dibuat di mana satu langkah tegas mesti diambil terhadap Indonesia. Tindakan tersebut termasuklah mengebom sasaran-sasaran tertentu sebagai serangan balas terhadap tindakan konfrontasinya ke atas Malaysia. Walau bagaimanapun cadangan tersebut kurang mendapat sokongan dari negara-negara anggota.

PENGARUH KOMUNIS DI INDONESIA

Republik Rakyat China menyokong tindakan Indonesia menentang kewujudan Malaysia. Pada masa itu Parti Komunis Indonesia mengkhuatiri kekuatan Tentera Nasional lndonesia yang dianggap membantutkan pertumbuhan komunisme di Indonesia. Suasana konfrontasi dengan Malaysia dicipta untuk 'mencairkan' kekuatan tentera dan melencongkan perhatian mereka kepada ancaman dari Iuar. Provokasi yang dilemparkan oleh Indonesia seperti 'Malaysia Neo-Kolonialis' dan 'Malaysia Neo-Imperialis' telah memperhebatkan lagi konfrontasi dan akhirnya bertambah buruk apabila pencerobohan dilakukan ke dalam wilayah Malaysia.

PENCEROBOHAN TENTERA INDONESIA

Tragedi di Kalabakan merupakan suatu peristiwa sedih negara. Buat pertama kalinya tentera Indonesia melancarkan serangan bersenjata sasarannya ialah batalion ketiga Askar Melayu Diraja yang mengakibatkan Sembilan orang anggota termasuk seorang pegawai terkorban dan 19 orang cedera. Kejadian itu berlaku pada malam 29 September 1963 di Kalabakan, 31 batu dari pekan Tawau, Sabah. Serangan dilakukan oleh kira-kira 40 orang anggota pasukan Kor Komando Operasi (KKO) Tentera Nasional Indonesia.

Pencerobohan tentera Indonesia tidak terbatas di sempadan Sabah dan Sarawak sahaja. Ia telah merebak malah hingga ke Johor dan Singapura. Seramai 108 orang anggota tentera Indonesia telah mendarat di Kukup, Pontian Besar dan di Benut pada 17hb Ogos 1964. Mereka terdiri dari 24 orang askar marin dari Pasukan Kor Komando Operasi dan 55 orang dari tentera payung terjun Pasukan Gerak Cepat Angkatan Udara, disertai oleh seramai 33 orang Cina rakyat Malaysia yang telah dilatih di Indonesia. Seramai 96 orang lagi telah digugurkan di Labis pada 1hb dan 2hb September 1964. Oleh kerana pencerobohan tentera Indonesia ke wilayah-wilayah Malaysia semakin meluas, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 4hb September 1964. Dalam gerakan-gerakan yang dilakukan semasa darurat, tentera Malaysia Berjaya menawan dan membunuh beberapa orang tentera lndonesia yang menceroboh masuk.

Satu lagi peristiwa sedih berlaku pada 25hb Februari 1965, apabila sekumpulan anggota tentera Indonesia telah menyerang hendap satu platun yang terdiri dari 25 orang anggota dari Batalion 2 Infantri Singapura. Serangan itu berlaku di Kota Tinggi, Johor dan telah mengorbankan 8 orang dan mencederakan 5 yang lain. Selepas kejadian tersebut pasukan tentera Malaysia telah Berjaya membunuh 18 orang dan menawan 11 orang gerila Indonesia. Gerila-gerila yang ditawan mendakwa mereka tertipu oleh dakyah-dakyah pemimpin mereka yang menyatakan bahawa orang-orang Melayu akan menyambut kedatangan mereka dan akan memberitahu apa yang patut dilakukan setiba di Malaysia.

Tujuan utama pendaratan mereka ialah untuk menubuhkan seberapa Banyak pangkalan serta mengumpul tenaga-tenaga tempatan dan sekaligus menubuhkan 'Tentera Nasional Republik Malaya (fNRM)', dan menolong rakyat membebaskan negeri ini dari cengkaman British. Ini terbukti dari risalah-risalah dan peta yang telah di rampas dari gerila-gerila yang ditawan. Keterangan yang lebih lengkap Lelah didapati daripada beberapa orang Cina rakyat Malaysia yang tertawan bersama gerila tersebut.

Indonesia telah menempatkan bala tenteranya antara 15,000 -16,000 orang di perbatasan Sabah dan Sarawak. Paras kekuatan tersebut mencerminkan satu gerakan besar-besaran dengan tujuan untuk mengganyang Malaysia. Pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia telah Berjaya menambah bilangan kapal-kapal untuk tujuan operasi di perairan negara, dan juga membuat pengambilan anggota-anggota baru. Kerjasama operasi dengan pasukan-pasukan tentera laut asing seperti Britain, Australia dan New Zealand telah dapat   meringankan beban Tentera Laut Diraja Malaysia.

Kerajaan Malaysia telah menempah sebanyak 10 buah kapal ronda yang dibina di England. Sehingga akhir tahun 1963 sebanyak 6 buah kapal ronda. Kelas Kedah telah diterima dan dilibatkan dalam gerakan menentang pencerobohan tentera Indonesia. Kapal-kapal tersebut ialah KD SRI KEDAR, KD SRI SELANGOR, KD SRI PERAK, KD TRENGGANU. SRI PAHANG, KD SRI KELANTAN, dan KD SRI TERENGGANU.

GERAKAN OLEH KAPAL-KAPAL TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

Di sepanjang konfrontasi Tentera Laut Diraja Malaysia telah berjaya mengawal perairan negara dan membantu Pasukan Tentera Darat dalam gerakan mereka. Satu peristiwa yang menggemparkan berlaku pada malam 24hb Julai 1964 apabila KD SRl SELANGOR telah diserang oleh sekumpulan anggota tentera Indonesia. Kejadian berlaku berhampiran perairan Pulau St. Johns kira-kira 5 batu dari Singapura. Dalam kejadian tersebut KD SRI SELANGOR sedang membuat rondaan biasa di perairan Malaysia. Mengikut maklumat perisikan sebuah bot gerila Indonesia yang lengkap dengan senjata telah keluar dari pangkalannya di Pulau Riau, Sumatera menuju ke Singapura. Pada jam 9.30 malam KD SRI SELANOOR mengesan bot tersebut berada hanya kira-kira 15 ela darinya.

Pegawai Memerintah KD SRI SELANGOR Leftenan P.K. Nettur TLDM, telah memerintahkan anggota-anggotanya bersiap sedia dan mengarahkan supaya penceroboh tersebut menyerah diri. Mereka enggan menyerah, tetapi sebaliknya berteriak menyebut "KKO" (yang bermaksud mereka adalah dari Kor Komando Operasi dan seharusnya ditakuti). Bot yang menggunakan enjin sangkut laju itu mengandungi lima orang anggota di dalamnya. Selepas mengenalkan diri mereka, bot tersebut menghampiri KD SRI SELANGOR dan terus menembak. Tembakan tersebut telah membunuh Able Electrical Mechanic Abdul Samad bin Suliman (21 tahun), dan mencederakan Kadet Kanan Musa bin Jabar dan LRRG Kweh Onn Cheong. Leftenen Nettur memerintahkan anggota-anggota kapal membalas tembakan tersebut. Dalam serangan balas inilah kelima-lima orang anggota KKO tersebut telah terbunuh dan bot mereka tenggelam.

Selepas tragedi itu beberapa pucuk telegram telah diterima oleh Menteri Pertahanan dari pemimpin-pemimpin UMNO, MCA dan MIC. Di antara isi kandungan telegram itu ialah:

“Please convey to the RMN our deepest gratitude and appreciation to the gallantry of officers and men of KD SRI SELANGOR for their action against aggressors at St. John's Island last night. Please also convey our condolences to family of our hero who gave his life in this action. Our best regards to those 'wounded and wish for their swift recovery. We pledge our solidarity and united support for our heroic soldiers who are defending our beloved nation"

Beberapa bulan kemudian sebuah lagi kapal Tentera Laut Diraja Malaysia telah di serang oleh anggota Kor Komando Operasi Indonesia. Kejadian itu berlaku pada tengah malam 1hb Disember 1964 kira-kira 2 kilometer dar Bedok dekat Singapura. Kapal itu ialah KD SRI PAHANG dibawah perintah Leftenan M. W. Alvisse TLDM, yang sedang membuat rondaan apabila sekumpulan 9 orang anggota Kor Komando Operasi tiba-tiba menyerang. Serangan itu tidak mengena, tetapi KD SRI PAHANG seorang cedera, lima orang hilang di laut, sementara dua lagi dapat ditawan dan dibawa ke Teluk Ayer Basin di Singapura.

Pada 9hb Januari 1965 KD SRI PERAK di bawah perintah Leftenan Hyde Smith TLDM, telah berjaya menawan seramai 15 orang penceroboh yang terdiri dari anggota tentera Indonesia, dalam satu kejadian di Selat Melaka. Ia merupakan suatu kejayaan yang paling besar bagi Tentera Laut Diraja Malaysia di sepanjang tempoh konfrontasi. Pada hari yang sama juga kira-kira jam 3.40 pagi KD PANGLIMA yang diperintah oleh Leftenan Ong Kian Lam RMNVR, Berjaya menawan sekumpulan 4 orang anggota tentera Indonesia ketika berada di perairan dekat Kukup, Pontian. Selepas itu KD SRI KEDAH yang diperintah oleh Lieutenant A.W. Townsend RN, telah bertembung dengan anggota Kor Komando Operasi dan Berjaya menawan 10 orang. KD LEDANG di bawah perintah Lieutenant Commander B. Cormack RN, telah menyerang beberapa buah bot penceroboh dekat perairan Pulau St. John di Singapura, Sementara KD SRI KELANTAN yang diperintah oleh Lieutenant J. Buchanan RAN, telah bertembung dengan beberapa buah bot gerila dan berjaya membunuh 2 orang.

Sehingga bulan Jun 1965 sejumlah 467 orang anggota tentera Indonesia telah terbunuh, 150 orang mengalami kecederaan, dan 610 orang dapat ditawan. Pihak Malaysia pula mengalami 90 orang terbunuh termasuk anggota tentera Komanwel) dan 140 orang lagi mengalami kecederaan akibat dari 362 pencerobohan oleh pihak Indonesia. Di sepanjang masa konfrontasi tidak seorang pun anggota tentera Malaysia yang menjadi tawanan, kerana pihak Malaysia tidak melakukan sebarang pencerobohan ke dalam wilayah Indonesia.

KONFRONTASI BERAKHIR

Atas kesedaran bahawa persengketaan tidak mendatangkan sebarang hasil, maka beberapa usul untuk memulakan perundingan menamatkan konfrontasi telah dirancang. Berikutan dengan itu pemimpin kedua-dua negara berusaha menjalin semula hubungan yang terputus.

Pada 1hb Jun 1966 hubungan baru telah terjalin apabila pemimpin kedua buah negara bertemu dalam suasana mesra di rumah Managasila di Bangkok. Delegasi perdamaian Malaysia diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak, sementara Indonesia diwakili oleh Menteri Luar Dr Adam Malik. Dalam perundingan tersebut satu naskah rasmi yang mengandungi butiran cadangan oleh kedua buah negara telah dibincang, sebelum ianya disahkan oleh kerajaan masing-masing. Perjanjian menamatkan konfrontasi di antara kedua buah negara akhirnya termeterai pada 11hb Ogos 1966 di Bangkok. Perjanjian ditandatangani oleh Tun Abdul Razak dan Dr Adam Malik, di mana kedua-dua buah negara bersetuju memulihkan hubungan diplomatik. Setelah dua bulan perjanjian ditandatangani, seramai 520 orang tawanan Indonesia dihantar pulang dengan kapal K.M. BRANTAS.

Di sepanjang konfrontasi Tentera Laut Diraja Malaysia terus berkembang pesat di samping menimba pengalaman kesan dari pertelingkahan dan sengketa tersebut. Di antara tahun 1963 - 1966 banyak kapal-kapal telah diperolehi, Di antaranya ialah KD HANG TUAH (bekas HMS LOCH INSH) yang diterima pada 2hb Oktober 1964. Kapal itu ialah frigat yang pertama dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia. KD HANG TUAH belayar dari Portsmouth. England pada 11hb November 1964 melalui Terusan Suez dan tiba di Woodlands Singapura pada 30hb Disember 1964. Pada bulan Mac 1965 Commodore A.N. Dollard DSC RAN, telah mengambil alih tugas sebagai Ketua Turus Tentera Laut dari Commodore A.M. Synnot RAN.  Pada 29hb Mac 1965 perjawatan Naval Officer In Charge(NOIC) diperkenalkan dalam sistem pentadbiran pergerakan Tentera Laut Diraja Malaysia. Pegawai tinggi itu bertanggungjawab ke atas operasi kapal-kapal di Malaysia Barat. Pejabatnya yang bertempat di Woodlands Singapura   amat sibuk menguruskan hal-ehwal operasi di sepanjang konfrontasi.

COMMODORE A.N. DOLLARD DSC RAN

Commodore Dollard dilantik menjadi Ketua Turus Tentera Laut Diraja Malaysia pada bulan Mac 1965 menggantikan Commodore Syn- not. Beliau pernah bertugas di HMAS PENGUIN dan HMAS MUR- CHISON. Beliau ditauliahkan sebagai pegawai  tentera laut dalam tahun 1953 di Royal Australian Naval College dan pernah menerima anugerah Legion of Merit Degree for Officer di Amerika Syarikat. Dari tahun 1956 hingga 1958 beliau bertugas sebagai Atase Tentera di Saigon, dan dan 1961 hingga 1964 Atase Tentera di Tokyo.

Beliau menamatkan perkhidmatannya dengan Tentera Laut Diraja Malaysia pada 1hb Disember 1967, dan tempat beliau diambilalih oleh Commodore Dato' K. Thanabalasingam.

PENYERAHAN PASUKAN SIMPANAN KEPADA SINGAPURA

Pada 29hb Julai 1965 DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong buat pertama kalinya membuat lawatan ke KD SINGAPURA, iaitu Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia Cawangan Singapura yang berpangkalan di Teluk Ayer Basin. Apabila Malaysia berpisah dengan Singapura pada 9hb Ogos 1965, pentadbiran pasukan tersebut telah diambilalih oleh Kerajaan Singapura. Mengikut perjanjian di antara kedua buah negara, dan mengikut perairan The Singapore Naval Volunteers Ordinance 1966, maka dengan sendirinya pasukan tersebut menjadi The Singapore Naval Volunteers (SNV). Pada 1hb Februari 1966 semua kapal milik Singapore Naval Volunteers (kecuali KD PANGLIMA) telah diserahkan kepada pasukan tersebut oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.

PERKHIDMATAN TLDM DI SABAH DAN SARAWAK

Setelah Konfrontasi tamat, kuasa gerakan di perairan Sabah/Sarawak telah diambilalih sepenuhnya oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dar Royal Navy. Upacara penyerahan kuasa telah diadakan pada 4hb September 1966 di Labuan, Sabah. Pengarah Operasi Wilayah Borneo, Major General G.H. Lee telah melakukan upacara penyerahan dengan menurunkan bendera Royal Navy dan menaikkan bendera Tentera Laut Diraja Malaysia Apabila HMAS PARRAMATIA belayar rneninggalkan Labuan maka berakhirlah kuasa gerakan dan perkhidmatan oleh kontinjen negara-negara Komanwel di perairan Sabah dan Sarawak.

Satu istiadat yang serupa telah diadakan di sebuah limbungan di Kuching, di mana Tuan Yang Terutama Gabenor Sarawak, Tun Abang Haji Openg telah merasmikannya. Upacara tersebut diadakan di atas kapal HMS DARTINGTON dan KD MAHAMIRU, di mana Pegawai Memerintah Lieutenant Commander S.G. Campbell RN, telah menyerahkan dokumen 'Rondaan Rasmi' kepada Pegawai Memerintah Leftenan Komander M. W. Alvisse TLDM yang mewakili pihak Tentera Laut Diraja Malaysia. Dalam persetujuan tersebut telah dinyatakan bahawa bermula pada 4hb September 1966, kontinjen tentera Komanwel tidak lagi membuat rondaan di perairan Sabah/Sarawak.

Kekuatan tentera British di Sabah/Sarawak pada masa itu kira-kira ada seramai 10,000 orang dan mereka dikeluarkan beringkat-peringkat. Sungguhpun persetujuan tahun 1966 itu memerlukan penarikan keluar tentera Komanwel dan Sabah/Sarawak, tetapi ia tidak melibatkan anggota yang berpangkalan di Semenanjung.

Penyerahan kuasa perairan Sabah dan Sarawak kepada Tentera Laut Diraja Malaysia ketika itu adalah merupakan satu cabaran yang terpaksa diterima kerana keluasan perairan yang bertambah secara mendadak. Tugas itu nyata terbukti di mana Tentera Laut Diraja Malaysia mampu mengawal perairan pantai Malaysia dengan bilangan kapal-kapal yang meningkat dan moden. Kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia yang telah ditauliahkan dari tahun 1963 hingga 1966 ialah KD SRI SELANGOR, KD SRI TANJONG MERANG, KD SRI KEDAH, KD SRI JOHOR. KD SRI PERLIS, KD SRI KELANTAN. KD HANG TUAH, KD SRI LANGKAWT, KD SRI PERAK, KD JERAI, KD KINABALU, KD SRI PAHANG, KD PETREL, KD MUTIARA, KD SRI SARAWAK, KD JERONG, KD TODAK, KD  SRI SABAH KD TAHAN, KD BRINCHANG, KD SRI MELAKA, KD SRI NEGERI SEMBILAN, KD PANGLIMA, KD TEMASEK, KD LANGKASUKA, KD MAHAMIRU, dan KD LEDANG. Kapal-kapal yang ditauliahkan di antara tahun 1967 - 1970 ialah KD KRIS, KD HANDALAN, KD SERAMPANG. KD BADEK, KD PENDEKAR. KD GEMPITA, KD SUNDANG, KD PANAH, KD KERAMBIT, KD PERKASA KD BELADAU, KD DUYONG,KD RENCHONG, KD TOMBAK, KD LEMBING, KD RENTAKA,
Dan KD KELEWANG.

Tumpuan pembangunan Tentera Laut Diraja Malaysia tidaklah semata-mata menambahkan bilangan kapal sahaja, tetapi juga untuk menentukan supaya tugas operasi kapal dapat berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian satu pangkalan hadapan yang berharga $1.35 juta telah dibina di Wilayah Persekutuan Labuan. Pangkalan tersebut dijangka dapat memudahkan Jadi tugas-tugas Tentera Laut Diraja Malaysia semasa beroperasi di perairan Sabab/Sarawak. Pangkalan tersebut dinamakan KD SRI LABUAN dan telah dibuka dengan rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak pada 16hb Mei 1966. la dilengkapi dengan bangunan pentadbiran, bengkel baikpulih, stor Iojistik, tempat kediaman anggota bujang dan padang permainan. Apabila perkembangan Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun-tahun berikutnya semakin meningkat beberapa pangkalan baru telah dibina. Pangkalan-pangkalan itu ialah KD SRI TAWAU, KD SRI REJANG di Sibu, dan Pejabat Pegawai Wakil Tentera Laut (Resident Naval Officer RNO) di Kuching.

KEMBALI

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image