Image
Image
Image

Select your language

KAJANG, 15 Feb – Ketua Jurutera TLDM, Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Hj Mohd Shaiful Adli Chung melaksanakan kunjungan hormat ke atas KP STRIDE yang baharu, Dr. Mohd Yazid bin Ahmad di ibu pejabat STRIDE, Kajang.

Sepanjang pertemuan tersebut, perkara adalah berkisar mengenai strategi strategik STRIDE-TLDM melibatkan sains pertahanan dengan matlamat untuk mencapai keupayaan self-reliance dalam bidang yang marketable serta niche area, dengan kerjasama industri tempatan. Justeru, core strategy adalah penghasilan rekabentuk atau kajian yang mempunyai kesan spill-over yang tinggi terhadap pasaran di industri.

Ketua Jurutera TLDM juga bertukar fikiran dengan KP STRIDE mengenai kaedah serta mekanisme terbaik bagi synchronization diantara keperluan pengguna (Angkatan Tentera Malaysia - ATM) dengan capability serta capacity penyelidik (researcher), agar keberhasilan kajian/produk memenuhi sebahagian (niche area) keperluan operasi ATM. Bagi maksud tersebut, beberapa siri kerjasama dan Pelan Tindak telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan di peringkat operasi.

Kunjungan selama hampir 45 minit tersebut diakhiri dengan pertukaran cendera kenangan, dimana Ketua Jurutera TLDM menyampaikan Business Card kayu yang dibuat oleh Ketua Jurutera TLDM secara D.I.Y kepada KP STRIDE.

Sumber : RMN Chief Engineer Office, Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksda Datuk Ir. Ts. Hj Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Lt Dya Muhamad Shafie bin Mohd Jusoh TLDM

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image