Image
Image
Image

Select your language

KEMAMAN, 11 Ogos - Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Abdul Rahman bin Ayob bersama Panglima Armada Barat Laksamana Madya Datuk Abu Bakar bin Mohd Ajis dan delegasi TLDM telah melaksanakan lawatan kerja ke projek Obsolescence Programme (OP) di limbungan Geliga Shipyard Sdn Bhd. Projek yang unik ini melibatkan KD PERKASA yang sepatutnya siap pada penghujung bulan Ogos ini tetapi dijangka akan mengalami kelewatan disebabkan situasi pandemik COVID-19 yang dialami sekarang.

Projek OP KD PERKASA adalah inisiatif terkini hasil cetusan idea warga Navy People di mana kapal dilaksanakan re-hull yang in-lieu kepada refit, termasuk penukaran sepenuhnya sistem kuasagerak, kuasa elektrik serta “hotel services”, selain turut merangkumi sistem bersangkutan.

Sepanjang lawatan kerja, delegasi teruja dengan perkembangan dan hasil terkini projek. Ini disebabkan putik-putik keberhasilan sudah kelihatan dan dalam perancangan untuk diuji dalam masa terdekat. Hasil dari projek yang unik ini, warga Navy People disaran agar terus berinovasi serta kreatif menghasilkan penambahbaikan berterusan. Elemen yang ditekankan untuk penambahbaikan adalah terhadap elemen 3M (Man, Machine and Method) atau 3P (People, Platform and Process).

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Hj Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : PR MAWILLA 1

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image