KUALA LUMPUR, 11 Jan - Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob bersama barisan pengurusan tertinggi TLDM telah menerima kunjungan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin dan satu taklimat eksekutif tentang perkembangan terkini TLDM telah disampaikan kepada beliau di Markas Tentera Laut, hari ini.
Ini merupakan lawatan pertama YB Dato’ Seri Mohamed Khaled ke Markas Tentera Laut sejak pelantikan beliau sebagai Menteri Pertahanan pada 12 Disember 2023.
Beliau telah diiringi oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Dr. Mohd Bakhari bin Ismail.
Terima kasih Dato’ Seri, kerana meluangkan masa datang ke Markas Tentera Laut.
Semoga perancangan untuk tahun ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN