Image
Image
Image

Select your language

LUMUT, 28 Okt – Sesi temuduga Certificate of Competency (CoC) bagi tiga Pegawai Jurutera Udara (PJU) TLDM telah dilaksanakan pada 27 dan 28 Oktober di Markas Udara TLDM. Kept Ir. Hj Ahmad Fahmi bin Jahaya TLDM selaku Senior Air Engineer (SAE) TLDM telah mempengerusikan panel temuduga CoC dan disertai oleh Kdr Nik Afizul bin Nik Alias TLDM, Kdr Mohammad Khairul bin Khamis TLDM dan Kdr Ir. Mohd Zirwandy bin Zainuddin TLDM. PJU yang terlibat dalam temuduga ini adalah Lt Chan Jun Kwan TLDM, Lt Dya Lugman bin Pirmang TLDM, dan Lt Dya Muhammad Zamir bin Mustapa TLDM.


Ahli panel temuduga CoC dan PJU yang terlibat

Temuduga CoC ini merupakan kaedah yang diamalkan oleh Tentera Laut Diraja Britain dan Tentera Laut Diraja Australia yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi PJU dalam aspek tugas dan tanggungjawab, sistem pesawat, pengurusan dokumentasi pesawat serta pengurusan technical airworthiness yang telah diadaptasi ke dalam laluan kerjaya PJU. Pegawai yang lulus temuduga ini akan menjawat perjawatan pertama di skuadron penerbangan kelak. Sehingga kini, Cawangan Udara TLDM telah melahirkan seramai 32 orang PJU.

Ketiga-tiga Pegawai Ketika Tamat Kursus
Pegawai Kejuruteraan Jentera & Elektronik Kapal Terbang


Sesi Temuduga Lt Chan TLDM

Sebelum ini, ketiga-tiga pegawai tersebut telah menghadiri Kursus Pegawai Kejuruteraan Jentera dan Elektronik Kapal Terbang bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai latihan asas kejuruteraan udara. Dalam tempoh tersebut, mereka turut didedahkan kepada pengurusan selenggaraan di skuadron penerbangan TUDM yang mengoperasikan pesawat A400M, EC725 dan C130H.


Sesi Temuduga Lt Dya Muhammad Zamir TLDM

Sejak penubuhan unit udara TLDM 30 tahun yang lalu, Cawangan Udara TLDM telah mengoperasikan beberapa jenis pesawat seperti WASP, Super Lynx dan Fennec. Aspek kompetensi amat dititikberatkan di seluruh peringkat Cawangan Udara TLDM supaya pesawat yg diterbangkan mencapai tahap airworthiness yang ditetapkan di samping mengekalkan rekod kemalangan sifar dalam operasi penerbangan.

Sumber : Markas Udara TLDM
Artikel   : Lt Chan Jun Kwan TLDM
Foto      : Lt Chan Jun Shen TLDM

 

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image