MIRI, 25 Jan – TLDM amat menghargai jemputan Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak bagi sesi perkongsian ilmu melibatkan metodologi selenggaraan bot dan kapal yang dipraktikkan oleh TLDM. Sesi ini dilaksanakan semasa Kursus Tatacara Pengurusan Perolehan Perkhidmatan Selenggaraan Bot & Kapal anjuran Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak selama 3 hari bermula 24 sehingga 26 Januari 2022 di Pejabat Laut Miri, Sarawak. Perkongsian ilmu ini bukan bermaksud “teach grandmother to suck eggs”, tetapi lebih kepada amalan dan pendekatan terkini yang digunakan oleh TLDM melalui beberapa inisiatif luar jangka serta luar kotak yang telah menghasilkan impak tinggi kesiagaan operasi Aset TLDM.
Sesi perkongsian ilmu ini melibatkan 39 orang Pegawai dan kakitangan Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sarawak, diketuai oleh En. Mohamad Marzuki bin Brahim, Pengarah Laut Wilayah Sarawak. Selain itu, Jabatan Laut Johor dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Sarawak serta Zon Miri juga turut hadir dalam perkongsian ilmu ini. Penceramah-penceramah dari TLDM adalah Ketua Jurutera TLDM, Laksamana Muda Datuk Ir. Ts Mohd Shaiful Adli Chung dan Kepten Ts. Nazree bin Mohd Nor TLDM. Selain itu, wakil dari Kementerian Kewangan (MoF) iaitu Kepten Ir. Malik Sulaiman TLDM turut dijemput untuk berkongsi mengenai Prinsip, Dasar & Kaedah Perolehan Kerajaan yang berkuatkuasa, khususnya melibatkan bot dan kapal.
Selain sesi perkongsian ilmu, dikesempatan tersebut dilaksanakan perbincangan awal pendekatan terbaik bagi pengiktirafan Standards of Training Certification and Watchkeeping untuk para Teknisyen TLDM seperti yang ditetapkan oleh IMO bagi merchant fleet.
Warga Navy People wajar berbangga dengan jalinan erat dan kerjasama awal yang diusahakan untuk warga Navy People. Inisiatif ini adalah roadmap menjadikan warga NavyPeople lebih berdaya saing kelak.
Sumber: Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan, RMN Chief Engineer Office
Oleh: Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto: Jabatan Laut Sarawak
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN