Majlis tandatangan penyerahan RCC
LANGKAWI, 5 Apr – TLDM dan APMM hari ini selesai melaksanakan serah terima 2 Men Recompression Chamber (RCC). Peralatan ini telah diserahkan oleh APMM kepada TLDM untuk kegunaan operasi selam di negara ini. RCC ini merupakan small lightweight recompression chamber jenis 2 Men (one patient and one attendant). Ia digunakan untuk melaksanakan penyahmampatan ke atas penyelam dan merawat penyakit penyelaman sebelum menerima rawatan lanjut dengan hyperbaric.
Inisiatif sedemikian di antara TLDM dan APMM dijangka akan meningkatkan keupayaan Markas Selam dan Peperangan Periuk Api TLDM ke arah sebagai Centre of Excellance (CoE) keupayaan selam negara. Upacara tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan APMM Langkawi, En. Ahmad Fuad bin Ishak dan Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api, Laksamana Pertama Abdullah Sani bin Ismail.
Beberapa inisiatif baharu juga sedang dirangka di antara TLDM-APMM melibatkan aktiviti Search & Rescue. Sehubungan itu, warga Navy People perlu terus berusaha mengoptimumkan sumber ke arah kecemerlangan.
Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Mk TL
Artikel : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto : Pejabat Perhubungan Raya, Markas Wilayah Laut 3
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN