Image
Image
Image

Select your language

IPOH, 12 Apr - Ketua Jurutera TLDM serta delegasi yang terdiri daripada wakil Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE - Science Technology Research Institute for Defence), Kementerian Pertahanan hari ini telah melaksanakan lawatan kerja bagi meninjau keupayaan pemesinan menggunakan teknologi laser cladding di Syarikat Tai Chong Marine Engineering Sdn Bhd (TCMarine) Menglembu, lpoh. Turut hadir adalah beberapa pemain industri seperti Wartsila dan Labuan Shipyard & Engineering. Teknologi laser cladding ini merupakan yang pertama terdapat di Malaysia dan kedua di Asia Tenggara.

Lawatan kerja ini adalah susulan Engineering Directive oleh Ketua Jurutera TLDM melalui Engineering Release (EngR) No. 4 pada tahun 2020. EngR ini menjadikan TLDM sebagai entiti pertama di Malaysia yang menetapkan selenggaraan shafting peralatan yang berisiko boleh terdedah kepada air laut yang masin HENDAKLAH (Shall) menggunakan kaedah laser cladding, bukan secara konvensional seperti White Metal Spray atau Welding. EngR tersebut dikuatkuasa setelah dilaksanakan Cost Benefit Analysis (CBA). Hasil CBA mendapati laser cladding terhadap shaft memberi ROI yang lebih baik kepada kerajaan berbanding White Metal Spray.

Firma TCMarine adalah firma pertama yang menyahut keperluan kejuruteraan yang dicetus oleh pihak TLDM apabila RMN EngR dikeluarkan. Mesin ini diyakini bukan sahaja memenuhi keperluan TLDM, malah berupaya menyokong keperluan kejuruteraan dalam industri berat negara seperti sektor tenaga, pengangkutan, oil & gas dan sebagainya. Selain itu, terdapat ruang dan peluang yang besar untuk menembusi permintaan tinggi di rantau Asia Tenggara.

Warga Navy People wajar berbangga TLDM adalah pencetus inisiatif ini dengan menetapkan standard kejuruteraan yang dikehendaki, di mana telah disahut oleh pemain industri marin. Hasil inisiatif ini dijangka akan memberi spill-over yang tinggi kepada perkembangan industri berat negara.

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Mk TL
Artikel   : Laksamana Muda Datuk lr. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung

 

 

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image