Image
Image
Image

Select your language

Taklimat HIRARC oleh Pegawai Memerintah KDSM

SEMPORNA, 17 Apr – Hazard Identification, Risk Assestment and Risk Control atau lebih dikenali sebagai HIRARC merupakan langkah di dalam pencegahan sebarang kemalangan di tempat kerja. Warga KD SRI SEMPORNA (KDSM) telah berpeluang mengikuti dan mendalami ilmu berkaitan HIRARC dimana taklimat ini telah disampaikan oleh YBhg Pegawai Memerintah, Kept Ahmad Nazree bin Abu Hassan TLDM. Taklimat ini telah disampaikan di Dewan Nusalanong, Wisma Semporna.

Taklimat yang melibatkan pegawai dan bintara pasukan ini telah berlangsung selama 2 jam. Beberapa modul penyampaian telah dijadikan medium sepanjang taklimat berlangsung. Antaranya adalah sesi pembentangan slaid dan brainstorming pemikiran kritis melalui kenyataan masalah atau situasi. Kesemua peserta taklimat telah mempamerkan kerjasama dan memberikan respon yang baik sepanjang taklimat berlangsung.

Secara Keseluruhannya, taklimat berjaya disampaikan dan difahami dengan baik oleh peserta yang terlibat. Program sedemikian adalah dilihat bersesuaian dengan kehendak pengurusan tertinggi TLDM di dalam mengamalkan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) atau lebih dikenali sebagai Navy Safe. Safe First Safety Always!

Sumber : Pejabat Perhubungan Raya – KD SRI SEMPORNA
Artikel   : Lt Muhammad Haziq bin Sharifuddin TLDM
Foto      : LK TLR Mohd Zaki bin Rail

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image