Image
Image
Image

Select your language

KUALA LUMPUR, 24 Okt – TLDM melakar sejarah setakat ini sebagai agensi Kerajaan yang mempunyai bilangan kakitangan paling ramai yang mendapat tajaan biasiswa berprestij di luar negara.

Berakhir Oktober 2020, seramai enam pegawai TLDM telah ditaja bagi pengajian Sarjana seperti berikut:

  1. United Kingdom (Chevening Scholarship)
    a. ​Laksamana Madya Datuk Anuwi bin Hassan (Bersara) – tahun 1999.
    b. ​Kepten (B) Ir. Azhar bin Jumaat TLDM – tahun 2002.
    c. ​Lt Kdr (B) Navin Gopal a/l G. Supramaniam TLDM – tahun 2005.
    d. ​Lt Kdr (B) Ir. Loke Wei Hoo TLDM – tahun 2006.
    e. ​Komander Ir. Khairol Nizam bin Mansor TLDM – tahun 2018/2019.
  2. Sweden (Swedish Institute Study Scholarship)
    a. Lt Kdr Ir. Mohd Shafiq Sharhan bin Zainal TLDM pada tahun 2019/2020.

    Selaras dengan inisiatif memperkasakan dan menghasilkan modal insan yang terbaik (crème de la crème), warga Navy Peoplewajar merebut peluang tawaran lebih kurang 30 jenis biasiswa berprestij yang ditawarkan oleh Kerajaan luar negara kepada warga Malaysia.

Diharap usaha ini membolehkan TLDM dan warganya terus gemilang, cemerlang dan terbilang.

Sumber : The Blue Black Office, Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksamana Muda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah
Foto      : Sistem Maklumat Sumber Manusia, TLDM

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image